- Lain-lain
Mural Gergasi Blokbuster China, ‘Ne Zha 2’ Tarik Ramai Pengunjung di Kampung Shenjiacun
Diinspirasikan daripada filem blokbuster animasi China, ‘Ne Zha 2’ yang memecahkan rekod pecah panggung, sebuah mural gergasi berukuran 10 meter tinggi dan 8 meter lebar telah menjadi tempat bergambar popular, sekali gus menarik ribuan pengunjung di kampung Shenjiacun, dearah Zhoucun, bandar Zibo di Provinsi Shandong.
Mural yang terpampang pada dinding berkeluasan 80 meter persegi itu memaparkan gambaran jelas watak utama Ne Zha.
Shen Jingyu sedang menghasilkan mural gergasi yang menampilkan blokbuster animasi China, ‘Ne Zha 2’ di sebuah dinding di kampung Shenjiacun. (Foto oleh CCTV News)
Dalam hasil seni tersebut, Ne Zha dilakar sedang memegang tombak ikonik dengan api di hujung bernama Huojianqiang di tangan kanannya, di samping selempang merah yang dinamakan Huntian Ling, serta satu lagi senjata miliknya yang berputar di sekeliling lengannya.
Shen Jingyu sedang menghasilkan mural gergasi yang menampilkan blokbuster animasi China, ‘Ne Zha 2’ di sebuah dinding di kampung Shenjiacun. (Foto oleh CCTV News)
Sejak berlabuhnya tirai cuti panjang Tahun Baru Cina (TBC) baru-baru ini, mural tersebut telah menarik kehadiran ramai orang saban hari, dengan jumlah pelawat secara kumulatifnya melebihi 1,000 orang.
Di sebalik hasil seni sensasi itu adalah individu bernama Shen Jingyu, iaitu artis tempatan yang lahir pasca 1990-an.
Dia yang tertarik dengan filem animasi ‘Ne Zha’ yang popular pada 2019 itu, khususnya dengan sebaris ayat terkenal yang diungkapnya iaitu, "Saya adalah pemilik kepada nasib saya sendiri," Shen terdorong untuk mencipta mural itu sebagai penghormatan kepada filem itu menjelang tayangan sekuelnya pada 2025, serta menambah suasana perayaan di kampung halamannya.
"Sebagai orang muda, saya mahu mengubah hidup saya melalui usaha keras, sama seperti Ne Zha," katanya.

Mural gergasi yang menampilkan blokbuster animasi China, ‘Ne Zha 2’ oleh Shen Jingyu di sebuah dinding di kampung Shenjiacun. (Foto oleh CCTV News)
Mural yang mengambil masa selama 7 hari untuk disiapkan itu merupakan salah satu daripada hasil kerja Shen dalam usaha untuk mencantikkan kampungnya.
Pada beberapa tahun mutakhir ini, Shen telah menghasilkan mural semasa TBC setiap tahun dikampungnya, yang memaparkan semua imej, termasuk daripada haiwan zodiak kepada maskot Sukan Olimpik, serta watak kegemaran ramai daripada kartun animasi popular.
Gambar gabungan ini memaparkan mural yang menampikan Tuhan Kekayaan dan naga-naga yang dihasilkan Shen Jingyu. (Foto oleh CCTV News)
Hasil-hasil seni Shen juga melangkaui mural apabila dia turut membuat arca mikro termasuk termasuk reka bentuk rumit yang diukir dalam hujung pensel. Dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap arca tanah liat dan pemotongan kertas.
Karya Shen telah menjadikannya terkenal sebagai "pelukis yang hebat" dari sudut pandang rakan sekampungnya, dengan anak-anak tempatan turut teruja untuk melihatnya melukis dan mempelajari tekniknya.
Setakat ini, dia telah mengambil banyak ‘perantis kecil’, yang diajar dengan kemahiran asas melukis, diberikan tugasan mudah, serta memberikan maklum balas yang diperlukan.
Gambar gabungan ini memperlihatkan mural maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Bing Dwen Dwen dan watak kegemaran ramai kartun animasi popular China, ‘Boonie Bears’ yang dihasilkan Shen Jingyu. (Foto oleh CCTV News)
Memandangkan semakin ramai pengunjung yang membanjiri kampung Shenjiacun untuk menyaksikan mural Shen, kampung itu merancang untuk mencipta jalan mural khas, dalam usaha untuk menggabungkan seni Shen ke dalam fabrik sebagai sebahagian daripada usaha penggiat semula desa di kampung itu untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Menurut Shen, projek itu akan menampilkan mural di sepanjang tiga jalan utama, dengan tema patriotisme, nostalgia, dan kartun, bertujuan untuk menarik pelancong dan mendalami pemahaman mereka tentang kampung itu.
Foto menunjukkan gambar besar yang menampilkan dua ekor naga bermain dengan mutiara. Shen Jingyu menghabiskan 5 jam berjalan lebih 30,000 anak tangga di atas tanah yang dilitupi salji untuk mencipta gambar itu. (Foto oleh CCTV News)
Shen dan rakan sekampungnya teruja dengan projek itu, dan menyatakan bahawa dia akan memulakan kerja apabila suhu cuaca semakin meningkat kelak.
"Apabila saya melukis, saya merasakan kebahagiaan yang sebenar. Saya berharap lebih ramai orang akan merasai keindahan seni," katanya.
Gambar gabungan ini memperlihatkan bahagian depan dan belakang arca mikro pada hujung pensel oleh Shen Jingyu yang menampilkan elemen industri aeroangkasa China. (Foto oleh CCTV News)
- Terminal Automatik Pelabuhan Qingdao Pecah Rekod Dunia Kali Ke-11
- Kaunti Huimin Tempat Bertapak Syarikat Pembuat Tali, Jaring
- Mesin Kombin Tuai Gandum di Qingdao, Timur China
- Gala Layang-layang Tahunan Buka Tirai di Shandong
- Industri Hanfu Berkembang Pesat di Caoxian, Shandong
- Xi Turun Padang Tinjau Tanaman Delima di Zaozhuang
- Haiwan Berdamai dengan Musim Panas di Qingdao
- Pertandingan Kemahiran Tani Kebangsaan Pertama Berlangsung di Liaocheng
- Barbeku Ikonik, Cerminan Nafas China Pasca Pandemik
- Mural Kucing Hiasi Jalan Bersejarah di Shanghai