China Buka Penerbangan Penumpang Terus Pertama ke Timor Timur

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 17 Februari 2025
China Buka Penerbangan Penumpang Terus Pertama ke Timor Timur
Pegawai kastam sedang mengesahkan maklumat penumpang. (Foto ihsan kastam Xiamen)

Pada kira-kira pukul 10.40 malam 14 Februari, pesawat Dili Air 8G881 membawa 68 penumpang dari Dili, ibu negara Timor Timur, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaoqi Xiamen di provinsi Fujian, selatan China.

Penerbangan tersebut merupakan yang sulung bagi laluan antarabangsa terus pertama antara China dengan Timor Timur, menandakan bukanya satu lembaran baharu dalam interaksi antara kedua-dua negara.

Lapangan terbang Xiamen kini mengendalikan 15 laluan penumpang terus dengan 13 negara peserta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk Singapura, Malaysia dan Vietnam, selain 4 laluan kargo terus ke tempat-tempat tersebut.

Kastam lapangan terbang Xiamen dilaporkan telah menguruskan sebanyak 13,700 penerbangan dengan negara BRI pada 2024, naik 68.88% tahun ke tahun. Bilangan penumpang keluar masuk pula meningkat 73.53% kepada 2.0715 juta.

Pegawai kastam sedang memeriksa bagasi penumpang. (Foto ihsan kastam Xiamen)

Video

Berita Berkaitan