- Lain-lain
Industri Penghantaran Segera di China Berkembang Pesat
Sebuah dron penghantaran makanan tanpa pemandu sedang ‘bekerja’ di Shenzhen, Provinsi Guandong, selatan China pada 15 Ogos 2023. (Xinhua/Liang Xu)
Daripada ‘penghantaran makanan’ kepada ‘hantar segala-galanya’, perkhidmatan penghantaran segera telah terpahat dalam kehidupan harian bagi segenap lapisan masyarakat di China, sekali gus menyumbang kepada petumbuhan pesat industri penghantaran segera.
Data menunjukkan bahawa angka pesanan penghantaran segera di China telah mencapai 42 bilion pada 2023, dan diunjurkan melepasi angka 48 bilion pada 2024.
Berbanding dengan penghantaran tradisional, penghantaran segera menawarkan perkhidmatan titik ke titik yang menyaksikan pengguna dapat memiliki keperluan masing-masing secara serta merta, dan secara tidak langsung mewujudkan peluang baharu dalam bidang logistik.
Untuk rekod, pertumbuhan industri penghantaran segera telah meledak sejak pelancaran platform penghataran makanan dalam talian terkemuka China, Meituan pada 2013. Pada tahun-tahun mutakhir ini juga turut menyaksikan penambahan platform penghantaran segera termasuk Dada dan SF Rush.
Dengan gaya hidup juga turut berubah menjadi lebih pantas, industri tersebut telah berevolusi dan melangkaui daripada sekadar penghantaran makanan kepada semua barang keperluan.
Terdapat satu platform yang mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun secara mendadak dalam jumlah pesanan termasuk bunga, gajet elektronik dan perkakasan rumah, dengan purata pesanan harian melebihi 10 juta.
Waktu pesanan bagi penghantaran segera juga telah diperpanjang. Dada NOW, iaitu platform penghantara segera di bawah gergasi e-dagang China JD.com, telah memperlihatkan keseimbangan purata pesanan harian waktu malam yang meningkat daripada 18 peratus kepada 23 peratus antara 2019 dan 2024.
Pada masa sama, kepelbagaian senario penghantaran segera juga telah bertambah, iaitu daripada menghantar barang basah segar kepada membuat kerja suruhan.
Semasa tempoh percutian Tahun Baru Cina selama 8 hari, SF Rush menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 72 peratus dalam pesanan untuk perkhidmatan penghantaran segera dalam bandar dalam bagi semua senario.
Sektor runcit segera di China yang dibina menerusi sistem penghantaran segera juga telah menyuntik dorongan kuat terhadap penggalakan penggunaan.
Memetik laporan Akademi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China, industri runcit segera di China telah bertumbuh sebanyak lebih 50 peratus setiap tahun secara purata sejak 2018, yang mencapai RMB650 bilion (AS$88.93 bilion) pada 2023, dan dijangka melepasi angka RMB2 trilion menjelang 2030.
Sejak mula diperkenalkan, industri tersebut telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan fleksibel dengan jumlah yang besar. Pada 2020, penghantar telah secara rasminya dianggap sebagai profesion baharu di China.
Menurut laporan, pekerja penghantar telah menjana pendapatan bulanan hampir RMB7,000. Dalam platform Meituan sahaja, jumlah penghantar telah naik mendadak daripada 3.99 juta pada 2019 kepada 7.45 juta pada 2023 – mengekalkan pertumbuhan tahunan dua angka secara puratanya.
Pengarah Jabatan Penyelidikan Ekonomi Perindustrian di Pusat Penyelidikan Biro Pos Negara, Wang Yuehan berkata bahawa penghantaran segera akan memainkan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan ‘kitaran kehidupan 15 minit’ dan menambah baik kecekapan kitaran komoditi.
Proses urbanisasi yang berterusan dilihat menjadi salah satu penyumbang utama dalam lonjakan permintaan untuk penghantaran segera. Di kaunti Heishan, Jinzhou, Provinsi Liaoning misalnya, ramai penduduk kampung telah berhijrah ke kawasan kaunti, sekali gus mendorong kepada pertumbuhan pesat pesanan penghantaran segera.
“Volum pesanan tahunan menjelang penghujung tahun lalu telah melangkaui 100,000,” ujar Guo Xiang, eksekutif SF Rush, sambil menyatakan bahawa perkhidmatan pihaknya kini telah meliputi lebih 1,200 kaunti.
Hari ini, pengguna golongan muda yang lebih memilih nilai untuk wang dan kesenangan, dilihat telah menjadi pendorong utama bagi pengunaan jenis baharu.
Li Jiwei, pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Meituan berkata bahawa pelbagai platform turut membina sistem penghantaran masa nyata, yang memanfaatkan teknologi data raya dan kecerdasan buatan.
Jelasnya, penggunaan teknologi itu membolehkan padanan secara tepat dapat dilakukan antara pengusaha, pengguna dan pekerja penghantar, sekali gus megnira laluan optimum dalam tempoh 0.55 mili saat sahaja.
Kata Li, melihat ke masa depan, sektor penghantaran segera masih mempunyai potensi sangat besar, didorong oleh standard kehidupan yang semakin meningkat serta urbanisasi baharu yang semakin laju.
- TBC: Hantaran Kargo Rel Catat Lebih 75 Juta Tan
- Volum Penghantaran Ekspres Berkembang Pesat Pada 2024
- China Railway Pecah Rekod Hantaran Penumpang
- Penghantaran Bungkusan China Lepasi Angka 120 Bilion
- Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion
- Hantaran Ekspres Sempena Pesta "11.11" Cecah 639 Juta
- Volum Kiriman Ekspres China 2023 Lepasi Angka 100 bilion
- Cuti Pesta Kuih Bulan: 1.7 Bilion Bungkusan Ekspres Dikendalikan