- Lain-lain
China Beri Sokongan Penuh Kepada PBB
China memberikan sokongan penuh kepada usaha dan peranan yang dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Setiausaha Agung dan sekretariat pertubuhan itu.
Malah China juga bersedia untuk bekerjasama rapat dengan PBB untuk mewujudkan konsensus yang lebih besar, mengumpulkan lebih banyak sumber, bersama-sama mengamalkan multilateralisme dan menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semasa mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) di New York pada Selasa.
Wang Yi berkata, sebagai Presiden bergilir bulan ini, China mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai ""Mengamalkan Multilateralisme, Pembaharuan dan Menambahbaik Tadbir Urus Global" yang mendapat respon positif semua pihak, di samping memulakan majlis itu dengan memperingati ulang tahun ke-80 sejak penubuhan UNSC.
Sementara itu Guterres berkata, PBB sangat menghargai pendirian China dalam menyokong amalan multilateralisme dan kerja-kerja PBB. Malah beliau juga memuji usaha China mengadakan persidangan tersebut yang akan memberi dorongan kepada reformasi tadbir urus global dan meningkatkan suara negara-negara membangun.
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Wang Yi Terima Kunjungan Presiden Perhimpunan Agung PBB
- Presiden Perhimpunan Agung PBB Philémon Yang Melawat China
- China Sokong Usaha Martabatkan Peranan PBB
- Wang Yi Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB
- Sidang Kemuncak Masa Depan PBB Buka Tirai
- Wang Yi akan Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB
- China Seru Pulihkan Bekalan Dana kepada UNRWA
- Xi Bertemu Guterres di Astana
- Draf Resolusi China tentang Peningkatan Kerjasama Antarabangsa dalam Pembinaan Kapasiti AI Lulus dalam UNGA