Pemimpin Negara-negara Eropah Bincang Isu Ukraine

(CRI)Khamis 20 Februari 2025

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan sidang video dengan pemimpin beberapa negara Kesatuan Eropah dan NATO pada Rabu untuk membincangkan pendirian bersama mengenai proses damai Ukraine. 

Selepas sidang itu, Macron melalui akaun media sosialnya menyatakan bahawa pendirian Perancis dan negara rakan kongsinya jelas dan konsisten, iaitu berharap keamanan yang berkekalan dapat diwujudkan di Ukraine.

Negara-negara Eropah menyokong Ukraine dan akan memikul tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan di Eropah.

Malah para pemimpin lain setuju, perbelanjaan pertahanan dan keselamatan perlu ditingkatkan bagi memperhebatkan keupayaan pertahanan Eropah dan negara masing-masing.

Video

Berita Berkaitan