Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara

(CRI)Jumaat 21 Februari 2025

Kementerian Kewangan China mengeluarkan “Rangka Kerja Bon Hijau Berdaulat Republik Rakyat China” pada Khamis.

Berdasarkan rangka ini, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan bon hijau berdaulat China di luar negara untuk menarik lebih banyak pelabur dari pelbagai sektor untuk menyertai pasaran kewangan hijau, serta menarik dana antarabangsa untuk menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon di China.

Menurut rangka kerja tersebut, dana yang dikumpul melalui bon hijau berdaulat akan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan hijau dalam belanjawan kewangan pusat, yang akan membantu mencapai matlamat seperti mitigasi perubahan iklim, penyesuaian perubahan iklim, pemuliharaan sumber asli, pencegahan dan kawalan pencemaran, dan pemuliharaan biodiversiti.

Video

Berita Berkaitan