Artisan Teruskan Legasi Kraf Bina Kapal Kayu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Februari 2025

Sebuah bot kayu dipamerkan di sebuah muzium Limbungan Kapal Cen di Zhoushan, Provinsi Zhejiang, di timur China pada 17 Mei 2023. (Foto oleh China Daily)

Sebuah bot kayu dipamerkan di sebuah muzium Limbungan Kapal Cen di Zhoushan, Provinsi Zhejiang, di timur China pada 17 Mei 2023. (Foto/China Daily)

Cen Guohe, merupakan seorang wakil pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan dan juga pewaris generasi keempat Limbungan Kapal Cen, iaitu pembuat kapal kayu sejak tahun 1900 di bandar Zhoushan, Provinsi Zhejiang, di timur China.

Pada 1970-an, Cen yang ketika itu berumur 17 tahun telah mula mempelajari teknik membina kapal daripada bapa dan atuknya. Empat tahun selepas itu, dia mulai membina kapal secara sendiri.

Dalam sekitar 1980-an, terdapat lebih daripada 100 limbungan kapal di Zhoushan, dengan mengumpulkan hampir seribu tukang yang mahir.

Masa demi masa, berduyun-duyun pelanggan datang untuk memesan bot yang dibina oleh Cen. Ketika itu, dia menghasilkan sekitar 20 ke 30 bot setiap tahun.

Namun demikian, pada abad ke-21, dengan faktor nelayan yang lebih memilih untuk ke laut dalam dan menggantikan bot kayu kepada bot besi yang bermotor, industri pembuatan bot kayu telah pudar secara beransur-ansur.

Meskipun sedang melalui zaman kejatuhan, namun Cen masih meneruskan kemahiran pembuatan kapal.

Pada tahun 1999, seorang lelaki Jerman sedang mencari seorang pembuat kapal yang berbakat untuk membuat kapal layar kayu. Kagum dengan kemahiran Cen, lelaki itu berkongsi lakaran, dan Cen mencipta reka bentuk berkomputer berdasarkannya.

Selepas setahun bekerja keras, dia membina kapal layar bertiang tunggal antik gaya Eropah yang berpiawaian global. Berlayar dari pelabuhan nelayan Shenjiamen di Zhoushan, kapal itu berjaya menuju ke Jerman.

Susulan itu, Cen menjadi terkenal, seterusnya menerima tempahan daripada pelanggan antarabangsa dan tempatan, termasuk lonjakan permintaan untuk mencipta kapal antik. Kini, syarikatnya dibanjiri dengan hampir 100 tempahan untuk membuat kapal kayu.

Mengetuai tukang lain, Cen mula menghasilkan kapal kayu antik dan model kapal. Pada 2022, dia memulihkan bot layar kayu "Kening Hijau", alat pengangkutan laut utama di Zhejiang purba.

Model bot kayu dipamerkan di sebuah muzium di Limbungan Kapal Cen di Zhoushan, Provinsi Zhejiang, timur China, pada 17 Mei 2023. (Foto/China Daily)

Model bot kayu dipamerkan di sebuah muzium di Limbungan Kapal Cen di Zhoushan, Provinsi Zhejiang, timur China, pada 17 Mei 2023. (Foto/China Daily)

Model "Kening Hijau" digunakan untuk Laksamana China, Cheng Ho semasa pelayaran legendanya. Ia merupakan kapal layar kayu tradisional pertama di negara ini dengan keupayaan dan kelayakan untuk navigasi. Cen juga mencipta replika kapal purba lain, termasuk "Fuchuan," kapal gaya Fujian pada Dinasti Ming (1368-1644).

Cen mampu membina lebih 100 jenis kapal China purba, mewakili empat kategori bot utama di China purba.

Untuk rekod, dia juga telah mengekalkan cetak biru bagi setiap jenis kapal purba yang telah diusahakannya. Selain itu, dia sering melawat sekolah rendah dan menengah, serta dewan kebudayaan, bagi menyampaikan ilmu berkaitan kraf tradisional pembuatan kapal kayu.

Video

Berita Berkaitan