- Lain-lain
PBB Gesa Elak Tindakan Permusuhan Diteruskan di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak pihak terlibat berusaha sebaik mungkin untuk mengelak tindakan permusuhan diteruskan di Gaza, serta memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Gaza.
Gesaan itu dibuat Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres melalui jurucakapnya, susulan Israel pada Ahad mengumumkan keputusan untuk menangguhkan kebenaran penghantaran semua bekalan ke Gaza.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, keputusan itu dibuat kerana Hamas menolak cadangan baharu perjanjian gencatan senjata yang diusulkan oleh Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, Steve Witkoff, selain fasa pertama perjanjian gencatan senjata melibatkan pertukaran tebusan telah selesai.
Sementara itu, Hamas menyifatkan tindakan Israel menerima syor AS berkenaan sebagai cubaan menolak pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui dengan Hamas.
- China, Mesir Menentang Paksakan Rakyat Palestin Pindah dari Gaza
- Israel Mulakan Rundingan Gencatan Senjata Fasa Kedua Minggu ini
- Lebih 70 Peratus Responden AS Bantah Hasrat Trump 'Kuasai' Gaza
- Gencatan Senjata Israel-Hamas Bermula Ahad Ini
- Butiran Gencatan Senjata di Gaza Belum Dimuktamad
- 5,000 Maut dan Hilang Akibat Serangan Israel di Utara Gaza
- China Kutuk Keras Serangan Israel terhadap Kemudahan Perubatan di Gaza
- Ketua Pasukan Keselamatan Dalaman Hamas Maut Dalam Serangan Udara Israel
- Perjanjian Gencatan Senjata Ditangguh Akibat Syarat Baharu Israel: Hamas
- Lebih 10,000 Kanak-kanak Maut di Gaza - UNICEF