- Lain-lain
Pembuat Tembikar Tampilkan Karakter ‘Ne Zha 2’ Pada Porselin
Xu Kewen, artis pembuat seramik yang berpengalaman lama di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi di timur China sedang melakar imej karakter yang disukai ramai, Ne Zha daripada daripada filem animasi blokbuster ‘Ne Zha 2’ pada porselin di Muzium Kebudayaan Rakyat dan Tanur Purba Jingdezhen. (Foto oleh Wu Fayang)
Menggabungkan ketukangan tradisional dan budaya pop moden, Xu Kewen, artis pembuat seramik yang berpengalaman lama di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi di timur China telah melakar karakter yang diminati ramai daripada filem animasi blokbuster China, ‘Ne Zha 2’ pada porselinnya.
Difahamkan, siri unik hasil kerja porselin tersebut menampilkan gabungan bentuk seni tradisional China termasuk lukisan, kaligrafi dan porselin ikonik yang berwarna biru dan putih.
Menurut Xu, dia berpandangan bahawa ‘Ne Zha 2’ adalah contoh tipikal budaya animasi China, manakala porselin pula merupakan lambang kepada budaya tradisional China.
Justeru, dia berharap bahawa dengan menyepadukan elemen budaya tradisional dan moden, ia sekali gus akan dapat mendorong keyakinan masyarakat terhadap kebudayaan.
Gambar dua porselin berwarna biru dan putih yang menampilkan karakter Ne Zha dan Ao Bing daripada filem animasi blokbuster ‘Ne Zha 2’ oleh Xu Kewen. (Foto oleh Wu Fayang)
Untuk rekod, Xu telah menghasilkan lebih 20 jenis hasil seni untuk siri tersebut sejak 8 Februari lalu, dengan setiap satunya terjual hampir serta merta.