- Lain-lain
‘Lianghui’ Jadi Jambatan Suara Awam dan Tindakan Dasar
Tumpuan global ketika ini terarah di Beijing—iaitu tempat berlangsungnya sesi mesyuarat tahunan badan perundangan utama dan badan penasihat politik utama China yang masing-masing dikenali sebagai NPC dan CPPCC atau ‘lianghui’ pada minggu ini.
Perjumpaan ini merupakan indikator penting dalam perjalanan ekonomi dan politik China. Tahun ini, ia menghimpunkan hampir 3,000 ahli majlis perundangan NPC dan lebih 2,000 ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC untuk membincangkan tentang hal ehwal negara, sekali gus mempamerkan komitmen negara kepada proses demokrasi rakyat yang menyeluruh.
Foto pusat media sempena Lianghui di Media Center Hotel di Beijing pada 27 Februari 2025. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)
Turut berbangkit adalah soalan-soalan yang berkaitan iaitu; adakah cadangan dan usul yang dikemukakan ahli majlis perundangan NPC dan ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC benar-benar mempengaruhi dasar? Biar data menceritakannya.
Pada 2024, jabatan kerajaan di bawah Majlis Negara China telah meneliti sejumlah 8,783 cadangan daripada ahli majlis perundangan NPC, yang mewakili 95.1 peratus daripada keseluruhan cadangan yang diterima, serta 4,813 usul daripada ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, iaitu 96.1 peratus daripada keseluruhan usul yang diterima.
Lebih daripada 5,000 cadangan dan usul turut diterima pakai melangkaui pelbagai jabatan kerajaan, sekali gus menyaksikan hasil enakmen sebanyak lebih daripada 2,000 langkah dasar bersasar.
Usaha tersebut telah memupuk pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi, memajukan strategi kebangsaan untuk mencergaskan China menerusi sains dan pendidikan, mendorong pengukuhan semula desa dengan komprehensif, serta menjaga dan mempertingkat kesejahteraan rakyat.
Setiap usuldan cadangan mencerminkan penyelidikan yang teliti dan komitmen yang tegas. Penggubal undang-undang dan penasihat politik bukan sahaja mendapat manfaat daripada saluran berstruktur untuk menyuarakan pandangan, tetapi juga memerhati kesan dasar konkrit.
Sebagai contoh, apabila kenderaan tenaga baharu (NEV) mendapat daya tarikan dalam kalangan demografi muda China, perkhidmatan selepas pembelian telah menjadi terkenal sebagai cabaran kritikal.
Untuk meneliti isu tersebut, ahli majlis perundangan NPC, Cao Jingfang telah menghabiskan masa selama enam, termasuk dengan melakukan lawatan di tapak sehingga ke fasiiti penyelenggaraan, serta melibatkan pakar industri sebelum secara rasmi memberikan cadangan untuk infrastruktur penjagaan selepas pembelian NEV.
Kementerian Pengangkutan China pula memberi respons dengan berjanji untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia yang kukuh merangkumi 32 piawaian merangkumi pensijilan teknikal, penanda aras perkhidmatan dan protokol pemeriksaan.
Pada masa sama, kementerian itu sedang menerajui usaha untuk secara rasmi mengklasifikasikan ‘uruteknik penyelenggaraan NEV’ sebagai kerjaya yang diiktiraf kerajaan, dengan itu menginstitusikan pembangunan tenaga kerja untuk sektor yang sedang berkembang ini.
Mekanisme negeri, seperti yang dibuktikan di sini, terus berfungsi sebagai saluran penting untuk menterjemah input musyawarah kepada tadbir urus yang boleh diambil tindakan.
Kementerian Hal Ehwal Awam China pula memproses dan menjawab secara rasmi 313 cadangan daripada ahli majlis perundangan NPC bersama 174 cadangan daripada ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC pada 2024, dengan keutamaannya tertumpu pada sistem penjagaan warga emas, kebajikan sosial dan pembaharuan tadbir urus pentadbiran.
Wei Hua (tiga dari kiri), yang merupakan ahli majlis perundangan NPC dan ketua jabatan perubatan dalaman di Hospital Rakyat Jiangsu Timur di Yangzhou, Provinsi Jiangsu sedang berbincang tentang penambahbaikan penjagaan pesakit dengan jururawat yang bertugas pada 1 Mac 2025. (People’s Daily Online/Zhuang Wenbin)
Kementerian melaksanakan protokol tiga fasa, iaitu perundingan awal pihak berkepentingan, taklimat kemajuan masa nyata, dan semakan akauntabiliti hasil. Ia adalah sebagai usaha untuk menjadikan penggubalan dasar lebih sistematik.
Untuk memperdalam penjajaran, pegawai terlibat telah menginstitusikan penyertaan langsung dengan menjemput ahli majlis perundangan NPC dan ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke forum kementerian, pasukan petugas penyelidikan bersama, dan perbincangan penggubalan dasar, sekali gus memastikan input daripada pakar diberikan secara terus.
Penglibatan berstruktur ini menghasilkan 24 langkah dasar yang berkaitan sepanjang tahun lalu, berdasarkan lebih daripada 220 cadangan dan cadangan.
Bagi ahli majlis perundangan NPC dan ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, penyertaan dalam ‘lianghui’ adalah satu penghormatan dan tanggungjawab, dengan prestasi mereka tertakluk kepada penilaian.
Banyak wilayah telah memperkenalkan mekanisme penilaian untuk ahli majlis perundangan NPC berdasarkan kehadiran mereka, penglibatan konstituen, dan kualiti usul dan cadangan mereka. Tahun ini, NPC akan menyemak draf pindaan Undang-undang mengenai ahli majlis perundangan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan dan Kongres Rakyat Tempatan di Pelbagai Peringkat, seterusnya mentakrifkan tanggungjawab mereka dan memerlukan laporan prestasi tetap.
Semasa mesyuarat NPC, ahli majlis perundangan akan membincangkan laporan kerja kerajaan, dan laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC, Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Prokurator Rakyat Tertinggi. Mereka juga akan mengkaji semula belanjawan tahunan kerajaan dan rancangan pembangunan negara.
Laporan-laporan tersebut yang menggariskan perkembangan perundangan, pentadbiran dan kehakiman, serta cara dana kerajaan diperuntukkan kemudiannya akan menjalani penelitian rapi sebelum kelulusan akhir, sekali gus memastikan operasi institusi negara berjalan lancar.
Selain itu, ahli majlis perundangan NPC dan ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC juga terlibat dalam pemeriksaan, projek penyelidikan, dan pengawasan penguatkuasaan undang-undang, mengemukakan usul, cadangan dan cadangan, terlibat dalam perbincangan, membuat pertanyaan, mengambil bahagian dalam pilihan raya dan pengundian, dan menghadiri sesi perundingan dua minggu sekali.
Ketika berlangsung ‘lianghui’, ahli majlis perundangan NPC dan ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC membawa bersama mereka suara dan aspirasi semua sektor masyarakat. Perbincangan mereka akan membantu membentuk pembangunan negara dan dasar awam, memastikan kebimbangan rakyat didengari di peringkat tertinggi kerajaan.
- Penasihat Politik Tertinggi China Bentang Laporan Kerja
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Hari Ini
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Bermula
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Esok
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Berlangsung Mulai Esok
- Sidang Jawatankuasa Tetap CPPCC Berakhir
- Sidang Akhbar Sidang Tahunan NPC akan Diadakan 4 Mac
- Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai pada 4 Mac
- Pusat Penerangan "Dua Sidang" 2025 Dibuka Hari Ini