Alami Keunikan Blok Qilou Wuzhou yang Berabad Lamanya

Wuzhou merupakan bandar pelabuhan yang terletak di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. Blok Qilou di bandar itu yang terkenal dengan bangunan arked ikonik tersebut mempunyai 22 jalan bersejarah sejauh 7 kilometer, selain turut menampilkan 560 bangunan secara keseluruhannya.

Kesemua bangunan-bangunan arked tersebut turut memperlihatkan gabungan gaya seni bina Timur dan Barat, sekali gus mewakili ramuan keunikan budaya di selatan China.

Selepas melalui proses pembaikpulihan, Blok Qilou Wuzhou dibuka semula pada November 2024, menarik sejumlah besar penduduk tempatan serta pelancong untuk mengalami sendiri keunikannya.

Ayuh ikuti Alvaro Lago, hos People’s Daily Online dari Sepanyol untuk menerokai rumah-rumah arked bersejarah dan makanan enak tempatan di bandar kuno tersebut!

Video

Berita Berkaitan