Jambatan Tertinggi Dunia di Guizhou Hampir Siap

Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron ini memperlihatkan tapak pembinaan Jambatan Ngarai Besar Huajiang di Provinsi Guizhoou pada 14 Januari 2025. (Xinhua)

Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron ini memperlihatkan tapak pembinaan Jambatan Ngarai Besar Huajiang di Provinsi Guizhoou pada 14 Januari 2025. (Xinhua)

Ahli majlis perundangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, Zhang Shenglin memaklumkan bahawa Jambatan Ngarai Besar Huajiang di Provinsi Guizhou yang bakal menjadi jambatan tertinggi dunia kini telah siap 95 peratus.

Memetik laporan agensi berita China Daily, Zhang berkata bahawa struktur utama jambatan itu telah siap pada Januari, dan jurutera telah berjaya mengatasi cabaran-cabaran utama.

Jelasnya, fokus kini tertumpu kepada pemasangan dek, dan disusuli dengan kerja-kerja anti-pengakisan pada kabel utama dan projek infrastruktur seperti peralatan elektrikal dan mekanikal.

Zhang yang juga ketua jurutera Syarikat Guizhou Highway Engineering Group berkata, apabila jambatan itu dibuka pada separuh kedua 2025 kelak, projek tersebut akan mencerminkan kebolehan kejuruteraan China dan mendorong untuk menjadikan Guizhou sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia.

Menurut China Daily, panjang bahagian utama jambatan itu berukuran 1,420 meter dengan tinggi dari dek ke air berukuran 625 meter (yang bersamaan dengan bangunan 200 tingkat), sekali gus melepasi Jambatan Beipanjiang, iaitu jambatan tertinggi dunia ketika ini yang berukuran 565 tinggi.

Turut difahamkan bahawa jambatan tersebut menghubungkan Liuzhi dan Anlong, serta menjadi penghubung utama di jaringan jalan raya di bahagian barat daya China. Selepas beroperasi, jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan untuk merentasi sungai daripada dua jam kepada dua minit sahaja.

Zhang juga menjelaskan bahawa jambatan itu dijangka akan memacu ekonomi tempatan dengan mempromosi penjualan produk pertanian dan kraf etnik, serta menggalakkan pembangunan inap desa dan restoran.

Video

Berita Berkaitan