AS Tangguh Tarif terhadap Mexico dan Kanada

(CRI)Jumaat 07 Mac 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menandatangani pindaan tarif terhadap barangan import dari Mexico dan Kanada.

Pindaan tersebut memberi pengecualian tarif kepada produk yang mematuhi Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) sehingga 2 April.

Bagaimanapun, Trump berkata tarif yang dikenakan ke atas keluli dan aluminium tidak berubah.

Video

Berita Berkaitan