- Lain-lain
Tinjauan CGTN: Diplomasi Bercirikan China Dapat Pujian
China dan dunia saling menyumbang kepada kejayaan satu sama lain.
Demikian dinyatakan Menteri Luar Wang Yi dalam sidang media mengenai dasar luar China serta hubungan luar negeri di Beijing pada Jumaat.
Satu tinjauan membabitkan 32,266 responden dari 44 negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati diplomasi bercirikan China mendapat pujian meluas daripada para responden.
Mereka menanti-nantikan China memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus global serta pembinaan orde antarabangsa yang lebih adil dan munasabah.
Hasil tinjauan menunjukkan 89 peratus responden melihat China sebagai sebuah negara yang berjaya, 77.8 peratus berpendapat China merupakan sebuah negara yang patut dihormati, manakala 87.2 peratus menganggap pengaruh China di peringkat antarabangsa meningkat dengan ketara.
Sementara itu, sebanyak 58.9 peratus responden menghargai usaha yang dilakukan China dalam menyelesaikan konflik geopolitik.