- Lain-lain
Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
Laporan kerja terkini kerajaan China yang dikeluarkan semasa sesi ‘Lianghui’ pada 5 Mac dilihat telah menarik perhatian global, sekali gus menghantar mesej jelas terhadap daya tahan dan keazaman China kepada pembuat dasar dan pasaran antarabangsa.
Mengimbas kembali pada 2024, pencapaian ekonomi China disifatkan sebagai luar biasa. Tatkala mendepani tekanan luar dan cabaran domestik, China berjaya mewujudkan 12.56 juta pekerjaan baharu di bandar, mencapai pengeluaran bijiran sebanyak lebih 700 juta tan, serta mengurangkan penumpuan purata sebanyak PM2.5 di bandar, dan melebihi paras wilayah sebanyak 2.7 peratus.
Kesemua pencapaian tersebut bukan sahaja memperlihatkan keupayaan China untuk menyelesaikan isu kompleks, tetapi turut mencerminkan semangat kewajaan penduduknya dalam melalui kesukaran.
Kerangka kenderaan tenaga baharu (NEV) sedang dipasang di sebuah bengkel automasi di syarikat automobil China, Leapmotor di Jinhua, Provinsi Zhejiang di timur China. (People’s Daily Online/Jin Sicheng)
Penemuan terbaharu dalam teknologi dilihat telah memberi gambaran lebih jelas terhadap keazaman tersebut. Buktinya dapat dilihat antaranya menerusi persampelan pertama prob penyelidikan Chang’e-6 di bulan, kemunculan sulung prototaip kereta api berkelajuan tinggi terpantas dunia iaitu CR450, serta pengeluaran lebih 13 juta NEV dalam tempoh satu tahun.
China menyahut cabaran ekonomi yang berevolusi menerusi pengenalan dasar tambahan pada September lalu, dengan objektif untuk menambah baik perubahan kitaran balas ekonomi makro, iaitu satu tindakan pragmatik yang telah berhasil dalam mengemudi negara itu ke arah mencapai sasaran tahunannya.
Sosok bersejarah dalam bidang sains China merupakan antara sumber inspirasi dalam kekukuhan tersebut sejak sekian lama. Qian Xuesen, saintis terkemuka China suatu ketika dahulu pernah bertanya: “Jika orang asing boleh lakukannya, kenapa tidak orang China?” Mantan ahli geologi dan pengasas mekanik geologi iaitu Li Siguang turut mengemukakan persoalan sama iaitu: "Adakah minyak hanya ditemui di bawah tanah Barat?"
Sentimen tersebut jelas masih wujud sehingga ke hari ini dengan China terus memecahkan kejejalan teknologi, meskipun ketika dicabari oleh sekatan luar dan penindasan. Kesemua cabaran tersebut bukan sahaja tidak membantutkan kemajuan China, tetapi juga telah memperlihatkan potensi negara Tembok Besar, sekali gus memacu gelombang baharu dalam inovasi.
Semasa Gala Festival Tahun Baru yang lalu, sekumpulan robot manusia telah mempersembahkan Yangko, iaitu tarian rakyat tradisional. Para jurutera turut menghamburkan pujian, dengan menyifatkan ia sebagai teknologi yang menakjubkan.
Di sebuah pameran robot AI di Suzhou, Provinsi Jiangsu pada 28 Februari 2025, seorang kanak-kanak di berjabat tangan dengan robot yang dibangunkan pleh Unitree Robotics, pendahulu dalam pembangunan robot manusia. (People’s Daily Online/Wu Xue)
Di Gurun Taklimakan yang terkenal dengan jolokan sebagai ‘laut mati’, telaga eksplorasi saintifik ultra dalam pertama China telah memperbaharui rekod Asia, dengan mencapai kedalaman sehingga 10,910 meter.
Kemajuan saintifik China turut meliputi pengkomputeran kuantum. Para saintis mutakhir ini telah membangunkan prototaip pengkomputeran kuantum superkonduktor iaitu ‘Zuchongzhi 3.0’ dengan 105 qubit.
Mesin tersebut memproseskan tugas persampelan litar rambang kuantum pada kelajuan kuadriliion kali ganda berbanding komputer super paling hebat dunia, sekali gus menetapkan rekod baharu dalam kelebihan pengiraan kuantum di dalam sistem superkonduktor.
Kesemua kejayaan tersebut berjaya dicapai menerusi sinergi dinamik antara industri, bakat, inovasi dan modal. Integrasi seperti itu adalah penting dalam memupuk kuasa produktif kualiti baharu dan menerokai peluang pertumbuhan baharu kelak.
Daya tahan China juga berakar umbi dalam warisan budayanya. ‘Tiga sekawan musim sejuk’ tradisional iaitu pain, buluh dan bunga ume adalah simbol kepada kekuatan dan ketabahan taktala mendepani kesukaran. Lambang botani tersebut yang mampu bertahan meskipun dalam suasana sejuk melampau secara tidak langsung menzahirkan semangat cekal rakyat China.
Keyakinan adalah kunci untuk mengatasi kesukaran. Ia bukan sahaja terlihat dalam kejayaan China pada ketika ini, malah juga untuk potensi masa depan.
Zhu Xiaobo, profesor di Universiti Sains dan Teknologi China dan ketua pereka ‘Zuchongzhi’, prototaip komputer kuantum superkonduktor sedang berbincang tentang hasil eksperimen dengan pelajarnya. (Foto/Dai Rui)
Baru-baru ini, institusi kewangan asing seperti Goldman Sachs, UBS dan Deutsche Bank mengumumkan bahawa mereka optimis dengan prospek industri teknologi China yang sedang berkembang, khususnya dalam kemajuan signifikan terhadap teknologi teras.
Dengan China yang memetakan perjalanannya ke hadapan, ia kekal percaya dalam komitmennya terhadap inovasi dan kemajuan, secara tidak langsung mengubah apa yang dahulunya disebut sebagai mustahil kepada kejayaan yang pasti akan berlaku meskipun dalam suasana cabaran yang menggerunkan.
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat
- China Rekod Pelancong Domestik Lebih 5.6 Bilion pada 2024
- Provinsi di China Sasar Rancakkan Ekonomi, Penggunaan Menerusi Ekonomi Baru Muncul
- Xi Gesa Penyeliaan Berasaskan Audit Bermutu Tinggi bagi Promosi Pembangunan Sosioekonomi
- Prestasi China dalam Pembangunan Berkualiti Tinggi 2023
- "Pasar Barangan Kreatif", Lokasi Tumpuan Anak-anak Muda China
- Sorotan Penting Data Ekonomi China 2024
- Ekonomi China Kembali Stabil dan Tunjuk Perubahan Positif
- Ekonomi China Tunjuk Peralihan Sihat pada Tiga Suku Pertama 2024
- Ekonomi China akan Semakin Dinamik