- Lain-lain
Keluaran Minyak dan Gas dari Telaga 6,000 Meter ke Bawah Medan Tarim Rekodkan 150 Juta Tan
Jumlah keseluruhan pengeluaran minyak dan gas asli dari telaga 6,000 meter ke bawah dari Medan Tarim, iaitu pangkalan pengeluaran minyak dan gas ali 'super dalam' yang terbesar di China, mencapai 150 juta tan.
Jumlah itu bersamaan 37 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak dan gas asli di negara China sepanjang tahun 2024, kata China National Petroleum Corporation (CNPC) pada Khamis.
Terletak di kawasan tengah Padang Pasir Taklimakan, wilayah Xinjiang, Zon Fuman Medan Tarim dikenali sebagai kawasan pengeluaran minyak mentah 'super dalam' yang terbesar di China.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, penyelidikan teknologi China dalam menggerudi telaga dalam mencapai kemajuan baharu, dan beberapa kali membaharui rekod dunia.
Untuk rekod, tindakan penggerudian di telaga minyak "Shenditake 1", iaitu telaga minyak pertama yang melebihi 10,000 meter dalam, telah mencapai kedalaman 10,910 meter pada mutakhir ini, dan ia sekali gus meletakkan asas kukuh bagi eksplorasi ultra dalam di bumi.
Menurut stantard yang diguna pakai industri minyak antarabangsa, telaga pada kedalaman 4,500 hingga 6,000 meter dikenali sebagai 'telaga dalam', telaga pada kedalaman 6,000 hingga 9,000 meter ialah 'telaga super dalam', manakala telaga pada kedalaman 9,000 meter ke bawah diklasifikasikan sebagai 'telaga ultra dalam'.
- Jumlah Pengeluaran Minyak di Medan Minyak Jimsar Cecah 1 Juta Tan
- Pembuatan Pelengkapan Minyak & Gas Asli Luar Pesisir: "Kilang Pintar" Pertama China Mula Beroperasi
- Kemudahan FPSO Silinder Pertama Asia Siap China
- Fasa II Platform Bersepadu “Deep Sea No. 1” Siap
- Barisan Pekerja Geofizik Gagahi Terjal
- OPEC Kekalkan Sasaran Pengurangan Minyak