- Lain-lain
Biji Kopi Tempatan Semakin Popular di China
![]() |
Petani sedang mengeringkan biji kopi segar di sebuah estet kopi di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, iaitu pengeluar kopi terbesar di China. (Xinhua/Chen Xinbo) |
Tatkala harga kopi dunia meningkat, laporan dalaman industri itu menunjukkan terdapat anjakan di dalam pemilihan kopi, dengan biji kopi di China mendapat permintaan tinggi di kafe tempatan di bandar serata negara termasuk Beijing, Shanghai, Hangzhou, dan Xiamen.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa pada Januari lalu, indeks harga kopi antarabangsa melonjak mendadak sebanyak 75.8 peratus berbanding tempoh sama tahun terdahulu, dengan wilayah utama yang menghasilkan kopi seperti Brazil dan Colombia mengalami kenaikan harga mendadak.
Bagi mengatasi masalah tersebut, banyak pemilik kafe kini beralih aras kepada alternatif kopi domestik, dengan biji kopi yang dikeluarkan di Provinsi Yunnan mencuri perhatian.
Wu Jianlei, veteran dalam perdagangan biji kopi antarabangsa berkata bahawa meskipun harga biji kopi dari Yunnan meningkat baru-baru ini, namun ia masih murah berbanding dengan kawasan pengeluaran terkemuka seperti Brazil dan Columbia, selain terus mengekalkan kualiti yang baik.
Sebuah pemilik kafe di Beijing yang berkongsikan pengalamannya berkata bahawa di sebalik pertimbangan isu kos, biji kopi China diproseskan dengan teknik yang semakin sofistikated, memastikan kualiti yang konsisten, sekali gus menyaksikan kecendurungan pelanggan untuk kembali semula.
“Kami menggabungkan satu atau dua biji kopi Yunnan dengan biji kopi import dengan nisbah yang spesifik untuk kopi sajian istimewa kami, memastikan rasa yang sedap sambil menjamin kos yang berpatutan,” ujar pemilik kafe itu.
Segelintir pengguna golongan muda juga berkata mereka secara dengan sengaja memilih biji kopi tempatan berikutan keunikan dalam rasanya.
“Biji kopi import kebiasaannya mempunyai not masam-manis dan berbunga, sementara biji kopi Yunnan pula menawarkan rasa yang lebih halus, selain (harganya) lebih berpatutan,” kongsi seorang peminat kopi dari Beijing.
Pengeluar kopi dari Baoshan di Yunnan berkata biji kopi segar varieti Catimor, iaitu jenis yang paling dominan, didagangkan pada harga yang stabil iaitu RMB8 (AS$1.1) sekilogram pada tahun lalu, iaitu menaik sebanyak lebih daripada RMB2 berbanding dengan musim pengeluaran yang terdahulu.
Difahamkan, pada tahun sama, industri kopi telah mendorong penjanaan pendapatan buat 15,000 isi rumah pengeluar kopi tempatan, dengan hasil secara puratanya meningkat sehingga lebih RMB3,000 per mu (satu mu bersamaan 667 meter persegi) berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Eksport kopi China juga memperlihatkan peningkatan. Memetik data Kastam Kunming, Provinsi Yunnan telah mengeksport 32,500 tan kopi pada 2024 ke 29 negara dan wilayah termasuk Belanda, Jerman, Amerika Syarikat dan Vietnam, iaitu satu peningkatan yang mengejutkan sebanyak 358 peratus dari tahun ke tahun.
Beberapa perusahaan kopi turut berusaha menuju ke arah pembangunan kopi berkualiti tinggi kopi domestik. Fu Yongqiao, pengurus pembangunan IP sebuah perusahaan kopi berkata bahawa di sebalik kualiti biji kopi yang ditambah baik, jenama kopi China sedang menerokai jalan untuk menyemai produk masing-masing dengan signifikan budaya yang lebih mendalam.
“Kami sedang memfokuskan kualiti sambil berusaha untuk mempromosi budaya di sebalik kopi dengan lebih baik,” ujar Fu sambil menzahirkan harapan untuk memperkenalkan warisan budaya dan keindahan semula jadi Baoshan kepada lebih ramai orang.
- Yunnan Masuk Musim Tuai Kopi 74 Kilometer Persegi
- Kedai Kopi Kampung Dorong Pembangunan Luar Bandar di Hainan
- Permintaan Kopi Mendadak, Yunnan Buka Jurusan Sarjana Muda Sains Kopi di Universiti
- Trend Baharu Kedai Kopi, Teh, Pacu Penggunaan Katering China
- Budaya Minum Kopi China Tersendiri Tengah Terbentuk
- Warung Kopi Diterapkan Dalam Gaya Hidup Tibet
- Hainan, Pintu Keluar Masuk Kopi
- Desa China Nampak Peningkatan Bilangan Warung Kopi
- Seabad Lebih Kopi di China
- Jalur Perkembangan Kopi Yunnan: Dari Gunung ke Seberang Laut