Renjer Hutan Wanita di Gansu Habiskan Lebih 20 Tahun Lindungi Gunung Qilian

Tie Wanmei, renjer hutan di stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu. (Foto ihsan stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu)

Sebagai anak perempuan kepada seorang renjer hutan sepanjang hayat, Tie Wanmei membesar dengan kisah-kisah perlindungan hutan, sekali gus membuatkannya menanam minat yang mendalam terhadap kehijauan.

Sejurus menamatkan pelajaran dalam bidang perhutanan pada 2002, dia berpindah ke stesen perlindungan hutan yang jauh, seterusnya mengikuti jejak langkah bapanya untuk menjadi renjer hutan.

Tie bekerja di stesen perlindungan dan pengurusan Shimen, di Pusat Perlindungan dan Pengurusan Rizab Alam Semula Jadi Gunung Qilian Gansu, Provinsi Gansu.

“Ramai yang tidak mengenali kerja-kerja perlindungan hutan mungkin beranggapan bahawa ia adalah kerjaya yang senggang iaitu hanya berjalan-jalan dan memanjat gunung. Hakikatnya, ia lebih daripada itu,” ujar wanita itu.

Tie Wanmei, (dua dari kiri) renjer hutan di stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu. (Foto ihsan stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu)

Pada awal Mac, ketika melakukan rondaan hariannya, dia mula mempersiap kerja-kerja perlindungan hidupan liar dan pengawasan perosak hutan untuk tahun baharu.

Menceritakan tentang pengalamannya, Tie berkata dia mampu mengatasi kesukaran seperti tugas yang mendesak, keadaan hidup menekan, signal telefon yang lemah dan pengangkutan yang tidak mudah telah mampu ditangani. Namun, perkara paling sukar baginya adalah rindu terhadap keluarga.

Untuk rekod, Tie bertanggungjawab dalam melindungi hutan yang berkeluasan lebih daripada 10,000 mu (666.67 hektar), dengan setiap rondaan memerlukan lima ke enam jam pengembaraan pergi dan pulang.

Setiap pagi, wanita itu akan membawa bungkusan makan tengah hari serta binokular sebelum keluar untuk ke destinasi rondaan. Walaupun mempunyai motosikal dan pilihan pengangkutan lain, penjaga gunung biasanya akan berjalan.

Ketika melaksanakan rondaan, dia akan melawat rumah-rumah penggembala, selain memeriksa sama ada terdapat haiwan liar yang memerlukan bantuan akibat kecedaraan, dan mengawasi serangan serangga perosak.

Di sebalik rutin rondaan, Tie menggunakan pengalaman dan sifat penuh telitinya untuk membaik pulih pokok-pokok sakit di sepanjang laluannya.

Tie Wanmei, (pertama dari kiri) renjer hutan di stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu. (Foto ihsan stesen perlindungan dan pengurusan Shimen di bawah Pusat Perlindungan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Gunung Qilian Gansu)

Pada tahun-tahun mutakhir, dengan kemajuan program rintis Taman Negara Gunung Qilian, persekitaran ekologi di gunung itu telah bertambah baik secara signifikan. Pertambahan haiwan di situ juga secara tidak langsung menekankan peranan penting oleh renjer hutan dalam menjaga biodiversiti.

Menurut Tie, dia percaya bahawa meskipun tugas sebagai renjer dikatakan sebagai mudah, realitinya adalah kerja rumit tersebut memerlukan pemahaman yang baik terhadap dasar, kepakaran profesional, dan ilmu yang luas dalam perhutanan.

Atas keperluan tersebut juga, dia memanfaatkan media baharu untuk mempelajari tentang pengurusan hutan dan pencegahan kebakaran, serta berusaha mengadaptasi kerja-kerja perlindungan hutan pada era baharu.

Dengan ekosistem Gunung Qilian yang bertambah baik, kawasan hutan tersebut melalui perubahan yang dahsyat, sekali gus memperkuat keazaman Tie untuk melindunginya.

‘Ayah saya adalah generasi yang menanam pokok, dan generasi kita perlu menguruskan dan melindunginya dengan baik,” ujar Tie.

Video

Berita Berkaitan