- Lain-lain
Naib Presiden China Ditemui CEO Royal Philips
China sentiasa komited kepada pembangunan ekonomi dunia yang terbuka, dan mendorong kerjasama perdagangan dengan Belanda dan Kesatuan Eropah (EU) melalui peningkatan tahap keterbukaan, yang dipercayai boleh menyediakan peluang pembangunan baharu kepada syarikat transnasional.
Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Han Zheng dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Royal Philips Belanda, Roy Jakobs di Beijing pada Selasa.
Han berkata, China mengalu-alukan Philips mendalami pasaran China, menambah penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, sekaligus memainkan peranan proaktif untuk memacu kolaborasi perdagangan China-EU ke arah perkembangan yang sihat.
Roy Jakobs berkata, ucapan Presiden Xi Jinping pada pertemuan dengan wakil industri dan perdagangan minggu lalu amat memberangsangkan. Pihaknya bersikap optimis terhadap prospek pembangunan dan peluang pasaran di China, dan akan terus melaksanakan strategi pembangunan untuk jangka masa panjang di negara ini.