China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 03 April 2025

Nota: Artikel terbitan China Daily ini diterjemah dan disunting semula oleh People’s Daily Online

Presiden Dewan Perdagangan Amerika di China, Michael Hart

Presiden Dewan Perdagangan Amerika di China, Michael Hart

China akan terus menjadi pasaran yang menarik bagi syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat (AS), dengan elemen inovasi teknologi, kenderaan elektrik dan bioteknologi dilihat menawarkan peluang yang signifikan bagi perusahaan AS.

Demikian ujar Presiden Dewan Perdagangan Amerika di China (AmCham China), Michael Hart ketika menerima wawancara China Daily pada baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha China terhadap teknologi tinggi mampu diri dan penaiktarafan perindustrian memberikan cabaran serta peluang buat perusahaan AS.

Untuk rekod, AmCham China yang merupakan organisasi bukan kerajaan dan bukan untung itu mempunyai sekitar 800 syarikat anggota yang beroperasi di serata China termasuk Coca-Cola, Pfizer, Qualcomm, Honeywell, Walmart dan Dell Technologies.

Bagi mempermudahkan lagi pertumbuhan syarikat-syarikat itu, Hart berkata bahawa perusahaan AS perlu mematuhi syarat ketat kedua-dua AS dan China bagi mengurangkan risiko, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan mengikut kesesuaian pasaran China, dan memanfaatkan kepakaran global sambil mengadaptasi keadaan setempat.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memudahkan jaringan perniagaan. dan perkongsian ilmu dengan menyediakan platform untuk anggotanya supaya dapat bertukar-tukar pandangan dalam usaha mengadaptasi evolusi pasaran China yang dinamik.

Difahamkan, di bawah perancangannya, AmCham China akan memerhati trend pasaran dan dasar-dasar, membantu syarikat-syarikat agar terus lincah dan menyesuaikan strategi masing-masing susulan daripada pembangunan geopolitik dan perubahan peraturan.

Mengikut tinjauan, sekitar 87 peratus syarikat anggota AmCham China menekankan tentang kepentingan terhadap hubungan dua hala yang konstruktif untuk operasi masing-masing di China.

Memetik ‘Laporan Tinjauan Iklim Perniagaan China 2025’ keluaran AmCham China, angka dalam sektor pembangunan, penyelidikan dan teknologi telah melonjak sehingga 95 peratus.

Menurut laporan itu lagi, lebih daripada separuh responden AS berkata bahawa mereka merancang untuk menambah pelaburan di China pada tahun ini, dan sekitar 63 peratus perusahaan yang ditinjau melihat ketegangan hubungan China-AS sebagai cabaran utama bagi syarikat AS di China.

Hart berkata, AmCham China yang tidak memihak kepada pelaksanaan tarif yang meluas itu lebih memilih kepada dialog konstruktif dan kebolehramalan dasar untuk mengurangkan turun naik dalam hubungan perdagangan.

Untuk memupuk kestabilan jangka panjang dan manfaat bersama, perusahaan AS mahu melihat ketelusan yang lebih besar, kebolehramalan dan kesalingan dalam dasar-dasar perdagangan. Jelas ketua AmCham China itu, antara keutamaan yang perlu diberi perhatian adalah memperkukuh dialog antara kerajaan dan mengurangkan sekatan perdagangan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Kastam China menunjukkan bahawa untuk dua bulan pertama 2025, AS kekal menjadi rakan dagang ketiga terbesar China, dengan jumlah perdagangan keluruhan antara kedua-dua negara mencapai RMB733.67 bilion, iaitu meningkat 3.5 peratus dari tahun ke tahun.

Mengulas mengenai landskap perindustrian China yang berevolusi, Presiden, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Otis Worldwide Corp, Judy Marks telah menegaskan komitmen untuk meneruskan pelaburan syarikatnya di China, khususnya dalam bidang pembuatan dan pendigitalan.

Beliau menekankan bahawa sejak 2008, kepesatan urbanisasi China telah mendorong pertumbuhan tahunan buat 1.5 juta lif yang dalam perkhidmatan. Menjelang 2024, hampir 1 juta lif telah mencapai usia untuk diganti, sekali gus bermakna ia telah mecapai usia 15 tahun atau lebih.

Lorenzo Simonelli, Pengerusi dan CEO kumpulan tenaga Baker Hughes AS turut menzahirkan keyakinan utuh terhadap pandangan ekonomi China dan kemajuan dalam inovasi tenaga, dengan menekankan bahawa dorongan negara itu ke arah penaiktarafan perindustrian dan pembangunan hijau telah membuka banyak peluang penting baharu.

“Kami menanti-nantikan untuk memperdalam pelaburan kami dan kolaborasi di China, dengan objektif untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian berkualiti tinggi, bagi membantu transformasi China dan keperluan dunia terhadap tenaga,” ujar beliau.

Menurut Laporan Kerja Kerajaan pada tahun ini, bagi terus menjadi tarikan buat pelabur global pada jangka panjang, China akan terus membuka sektor berkaitan internet, kebudayaan serta sektor lain dengan penuh teratur, selain mengembangkan program perintis untuk membuka bidang seperti telekomunikasi, dan perkhidmatan perubatan.

Video

Berita Berkaitan