Selepas 50 Tahun, Hubungan Malaysia dan China Terus Diperkukuh – PM Anwar

(CRI)Selasa 15 April 2025

Hubungan baik antara Malaysia dan China yang telah melepasi tempoh 50 tahun, kini dilihat terus diperkukuh menerusi pelbagai kerjasama baharu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan tersebut jelas dapat dilihat apabila pentadbiran Beijing secara konsisten menunjukkan kesediaan yang tinggi dalam setiap usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia merangkumi pelbagai bidang.

“Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, kita sememangnya meningkatkan hubungan intra-ASEAN, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dengan negara-negara jiran termasuk Jepun dan Korea Selatan, tetapi negara China telah menunjukkan lebih kesediaan untuk bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Bercakap pada temu bual khas bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya pada Isnin, Anwar berkata impak hubungan baik dengan China itu dapat dilihat melalui pelbagai peningkatan, termasuk dalam sektor pelaburan dan perdagangan, kerjasama dalam bidang pendidikan serta usaha sama membabitkan bidang kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Jelas beliau, hubungan baik antara Malaysia dan China juga mewujudkan pelbagai limpahan manfaat yang amat besar kepada rakyat Malaysia khususnya dengan pelaksanaan pelbagai projek berskala besar seperti kerjasama strategik Geely-Proton yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding sebelum ini.

Video

Berita Berkaitan