Malaysia, China Seiringan Tingkat Peluang Ekonomi dan Perdagangan - PM Anwar

(CRI)Selasa 15 April 2025

Malaysia yakin persahabatan dengan China mampu memperkaya dan menambah peluang ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai negara yang bebas dan terbuka, rakyat merupakan teras utama.

“Sebagai negara yang bebas juga menentukan dasar yang menjaga kepentingan rakyat kita, pekerjaan mereka, pendidikan mereka, tingkat penguasaan teknologi mereka dan kita rasa negara China sebagai sahabat itu boleh sama-sama membantu untuk memperkaya dan menambah peluang ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara,” kata beliau.

Bercakap pada temu bual khas bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya pada Isnin, Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa Malaysia menggalakkan persahabatan dengan mana-mana negara sekalipun, namun keutamaan diberikan kepada ASEAN dan negara-negara Asia.

Video

Berita Berkaitan