- Lain-lain
Malaysia Madani Selari Dasar Pentadbiran Xi - PM Anwar
Konsep Malaysia Madani dilihat selari dengan dasar pentadbiran Presiden China, Xi Jinping yang mengangkat nilai budaya dan ketamadunan serta kemakmuran bersama.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata corak kepimpinan tersebut adalah berbeza dengan lenggok naratif politik yang dipamerkan pada zaman ini.
Jelasnya, konsep Malaysia Madani menekankan nilai kemanusiaan, kesejagatan dan satu semangat pembinaan tamadun.
"Jawapan yang diberikan Presiden Xi bagi saya sangat menarik apabila beliau menyatakan manusia harus berpaksikan kekuatan ekonomi tetapi hidup dalam sejarah dan tamadun. Sepatutnya kami berbincang mengenai kepentingan ekonomi, teknologi dan digital AI tetapi kami juga berbicara mengenai aspek kemanusiaan seperti fahaman dan kesedaran mengenai Islam dan Konfusianisme yang turut disambut baik oleh Xi," katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam temu bual khas dengan Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya pada Isnin.
- “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” Cerminan Komitmen China Kepada Dunia
- "Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping" Dapat Respons Positif Penonton Malaysia
- Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Rasmi Presiden Xi
- Bual Belia: Ikatan Kebudayaan antara China dan Asia Tenggara
- Hutong di Beijng Tawarkan Rasa Asia Tenggara
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Malaysia Mulai Isnin
- Presiden Xi akan Lawat Vietnam, Malaysia dan Kemboja
- Petikan Wacana Xi Jinping Mengenai Modenisasi Ala China Versi Bahasa Sepanyol Diterbitkan
- Program 'Kupasan Bersiri Pemikiran Ekonomi Xi Jinping' Bersiaran Malam Ini
- Buku "Petikan Terpilih Xi Jinping mengenai Pengukuhan Cara Kerja PKC" Diterbitkan