- Lain-lain
IMF Turunkan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Global kepada 2.8 Peratus
Menurut "Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia" terkini yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2025 kepada 2.8 peratus, iaitu penurunan 0.5 mata peratusan berbanding ramalan pada Januari.
Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh ketegangan perdagangan yang meningkat, terutamanya langkah tarif besar-besaran yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.
Laporan itu menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif baharu yang meliputi hampir semua rakan dagangannya, sekaligus meningkatkan kadar tarif sebenar ke tahap tertinggi sepanjang abad.
Langkah-langkah tersebut dilihat sebagai "kejutan negatif" bagi ekonomi global, manakala ketidakpastian dalam pelaksanaannya memberi impak buruk kepada aktiviti dan prospek ekonomi pada masa depan.
Menurut laporan tersebut, kadar pertumbuhan ekonomi AS dijangka akan menjadi perlahan kepada 1.8 peratus, iaitu 0.9 peratus lebih rendah daripada ramalan dibuat pada Januari lalu, sekaligus mencatatkan penurunan terbesar antara entiti ekonomi maju.
- Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan Dijangka Tumbuh Mampan
- Inisiatif Beijing Diketengah, Seru Percepat Pemulihan Ekonomi Dunia
- Pertumbuhan Ekonomi Global Semakin Pulih
- Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia Diunjur Rekodkan 2.4 Peratus 2024: Laporan PBB
- China Tetap Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global
- Julai Bulan Paling Panas dalam Rekod: WMO
- China Komited Memberi Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Dunia
- IMF: Dunia Terima Manfaat Besar Hasil Pemulihan Ekonomi China
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi
- Ekonomi Dunia Memerlukan China: Menteri UAE