- Lain-lain
Pakar Zahir Seruan, Bina Komuniti Maritim Berkongsi Masa Depan
Pakar dari seluruh China telah berhimpun pada Rabu untuk menyokong pembinaan komuniti maritim yang berkongsi masa depan, dengan memberi penekanan terhadap kemampuan China untuk berperanan positif dalam memupuk kerjasama maritim, tadbir urus dan keselamatan.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, 200 peserta dari universiti, industri perkapalan dan institut penyelidikan menghadiri Forum Shanghai untuk Komuniti Maritim yang Berkongsi Masa Depan yang pertama di Universiti Maritim Shanghai.
Difahamkan, para peserta menyeru agar usaha bersama untuk melindungi maritim dan membina masa depan biru yang dikongsi bersama, mempertingkat kesedaran keselamatan maritim, pembangunan sumber marin yang dikawal selia, perlindungan persekitaran ekologi marin, pelayaran maritim yang selamat dan teratur, menjaga hak dan kepentingan maritim negara, serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di laut.
Bertemakan "Win-Win Blue Future: China's Solution and the Global Vision," forum itu dianjurkan bagi memperingati ulang tahun keenam pengenalan konsep pembinaan komuniti maritim yang berkongsi masa depan oleh China, yang kali pertamanya dikemukakan pada April 2019.
Lapor Xinhua, rata-rata peserta percaya bahawa komuniti maritim dengan masa depan yang dikongsi adalah bahagian penting dalam komuniti umat manusia yang berkongsi nasib, iaitu satu konsep yang dikemukakan oleh China.
Ia menjunjung tradisi teladan tamadun maritim China, mencerminkan pendekatan Asia yang saling menghormati, membina kesepakatan, dan pertimbangan untuk keselesaan semua pihak, yang secara tidak langsung menyumbang kekuatan China kepada kemajuan tamadun maritim global.
Konsep ini juga menjana dorongan baharu untuk pertukaran dan kerjasama maritim yang dipertingkatkan, dan menyatakan visi China untuk memajukan tadbir urus lautan global.
Diplomat kanan dan pakar-pakar telah terlibat dalam perbincangan yang menyentuh pelbagai topik, termasuk diplomasi antara rakyat, kerjasama maritim antarabangsa, situasi global yang berkembang dan tadbir urus lautan.
Pemimpin industri, ahli ekonomi maritim, pakar teknologi dan sarjana undang-undang maritim mengambil bahagian dalam dialog meja bulat yang tertumpu pada topik seperti pembangunan mampan sumber marin, penggunaan tenaga lautan bersih, rangka kerja perundingan pelbagai hala, perlindungan biodiversiti marin, dan peningkatan keselamatan maritim melalui mekanisme tadbir urus yang inovatif.
- China, ASEAN Bincangkan Pelaksanaan DoC di Xi'an
- Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi
- Bangunkan LCS Laut Kedamaian dan Kerjasama - Wang Yi
- China Teguh Pelihara Kedaulatan Negara dan Kepentingan Maritim
- Mesyuarat Pegawai Kanan Ke-21 bagi Pelaksanaan DoC di Beijing
- China dan ASEAN Berupaya Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik