- Lain-lain
Pasaran Hotel Rangkaian China Catat Pertumbuhan Stabil Pada 2024
Foto bertarikh 10 Disember 2024 ini diambil menggunakan dron dan memaparkan pemandangan hotel mata air panas dan peranginan ski di Benxi, Provinsi Liaoning di timur laut China. (Xinhua/Pan Yulong)
Persatuan Hospitaliti China mengumumkan bahawa pasaran hotel rangkaian China terus memperlihatkan trend peningkatan yang utuh pada 2024, dengan jumlah bilik hotel rangkaian meningkat dari tahun ke tahun, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.
Menurut Xinhua yang memetik laporan pembangunan jenama dan kumpulan hotel China itu, jumlah bilik hotel rangkaian di China pada tahun lalu telah meningkat sebanyak 316,100, yang mewakili pertumbuhan 4.68 peratus dari tahun ke tahun.
Menjelang penghujung 2024, China mempunyai sekitar 93,300 hotel rangkaian, dengan jumlah bilik hotel keseluruhan menghampiri angka 7.07 juta, kata laporan itu lagi.
Lapor Xinhua, permintaan pengguna yang dipelbagaikan juga terus berkembang, yang disusuli oleh beberapa siri dasar yang mesra pengguna, sekali gus mendorong kepada pembangunan pesat sebuah model perniagaan yang menyepadukan budaya, perdagangan dan pelancongan.
Difahamkan, tawaran yang dikemukakan oleh pihak hotel kepada pelanggan menurut laporan persatuan itu seperti pengalaman merasai warisan budaya tidak ketara dan penginapan berkait kesihatan turut menyaksikan pertumbuhan yang jelas.
- Pelancongan Teh Jadi Tumpuan di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang
- TBC 2025: Cuti Panjang 8 Hari Dorong Penggunaan, Pelancongan
- Sumber Pelancongan Bermutu China Jadi Tarikan bagi Pelancong Asing
- 200 Juta Individu Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah
- Tambah Baik Sistem Pelancongan Moden, Bina Sektor Pelancongan Kuat, Kata Xi
- Drama Popular Galak Pelancongan di Tempat Penggambaran
- Aliran Pelancong Domestik Rekod 1.419 bilion
- Tempahan Pelancongan Melonjak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Jumlah Penerbangan Dijangka Rekodkan 49,000 Semasa Cuti Tahun Baharu
- Pelan Pelancongan Cuti Tahun Baharu Hangat di China