Pelancongan Teh Jadi Tumpuan di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang

Pelancongan Teh Jadi Tumpuan di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang
Foto memaparkan keindahan kebun teh di kawasan pemandangan Gunung Xianren di kampung Buyang, perbandaran Bajiang, Kaunti Autonomi Dong Sanjiang, bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang, bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, kebun teh yang luas yang disulami dengan keunikan budaya etnik Dong telah menghasilkan satu landskap pemulihan semula luar bandar yang indah.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kaunti tersebut telah mendorong pertumbuhan industri berkualiti tinggi menerusi sokongan dasar, pembangunan jenama dan inovasi teknologi. Kini, kaunti itu mempunyai sekitar 215,000 mu (atau 14,333 hektar) kebun teh, menghasilkan lebih 20,000 tan teh kering setiap tahun, dengan nilai pengeluaran tahunan melebihi RMB8.7 bilion (AS$1.2 bilion).

Di kawasan pemandangan GUnung Xianren di kampung Buyang, bandar Bajiang kaunti itu, kebun teh menawarkan peluang kepada petani dan pelawat untuk memetik teh secara bersama-sama.

Dengan menggabungkan industri teh dan pelancongan budaya, kaunti itu telah memperkenalkan lawatan kebun teh, memetik dan memproses teh secara sendiri, serta pertunjukan budaya Dong.

Kesemua usaha tersebut membuahkan hasil apabila aliran kedatangan pelancong menyaksikan kestabilan, serta mendorong ekonomi luar bandar dan pemulihan semula luarbandar.

Para wanita memakai kostum etnik Dong dan memaparkan kemahiran memetik teh di sebuah kebun teh. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Pekerja sedang memproses daun teh di sebuah kilang teh. (People’s Daily Online/Gong Pukang)
Foto dedaun teh di kebun teh. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Pekebun memetik teh di sebuah kebun teh. (People’s Daily Online/Gong Pukang)
Foto kebun teh di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Foto kebun teh di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Video

Berita Berkaitan