XJ Perdalam Kerjasama Tenaga China-Kemboja Menerusi Projek Kuasa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 April 2025

XJ, syarikat terkemuka dalam sektor peralatan elektrik China, telah aktif terlibat dalam pembangunan infrastruktur kuasa di Kemboja sejak 2001. Firma tersebut telah menyediakan perkhidmatan dan produk-produk termaju untuk projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta menyokong pertumbuhan ekonomi Kemboja menerusi kerjasama yang saling untung.

Eksport kuasa dorong laluan Kemboja ke arah pertumbuhan tenaga

Empangan Kuasa Hidrokuasa Kirirom di Taman Kebangsaan Kirirom, Provinsi Koh Kong, Kemboja. (Foto oleh XJ)

Empangan Kuasa Hidrokuasa Kirirom di Taman Kebangsaan Kirirom, Provinsi Koh Kong, Kemboja. (Foto oleh XJ)

Pembaikpulihan Empangan Hidrokuasa Kirirom 1 yang selesai pada Mei 2002 telah menjadi stesen hidroelektrik pertama di Kemboja yang dibaik pulih selepas berdekad lamanya tidak digunakan.

Projek tersebut telah membantu dalam mengurangkan masalah kekurangan tenaga di Phnom Penh, ibu negara Kemboja. XJ membekalkan peralatan kuasa DC untuk stesen itu, sekali gus menjamin pengoperasian yang stabil dan mengelakkan daripada pengeluaran terhenti, serta kerosakan peralatan akibat ketiadaan kuasa.

Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan kebolehpercayaan bekalan kuasa sebanyak 30 peratus, dan mendirikan asas untuk kerja-kerja XJ dalam projek Stesen Hidrokuasa Kirirom 3 kelak.

Peralatan bekalan kuasa DC. (Foto oleh XJ)

Peralatan bekalan kuasa DC. (Foto oleh XJ)

Terletak sekitar 150 kilometer dari Phnom Penh, Stesen Hidrokuasa Kamchay dengan kapasiti terpasang sebanyak 193,200 kilowat dan purata output tenaga tahunan kira-kira 498 juta kilowat sejam telah mengurangkan kebergantungan utama Kemboja terhadap import minyak untuk elektrik.

XJ telah menyediakan peralatan bekalan kuasa DC untuk Stesen Kamchay PH1 dan PH3 dari 2009 hingga 2011. Sejak itu, stesen itu telah beroperasi dengan selamat selama lebih daripada 4,500 hari tanpa henti, seterusnya menjana lebih 5.3 bilion kilowat jam elektrik.

Stesen Hidrokuasa Kamchay di Kampot, Kemboja. (Foto oleh XJ)

Stesen Hidrokuasa Kamchay di Kampot, Kemboja. (Foto oleh XJ)

XJ telah membantu membina loji kuasa arang batu Pelabuhan Sihanoukville dengan tiga unit 135MW dari tempoh 2012 hingga 2013. Loji kuasa tersebut menambah baik bekalan elektrik Kemboja dengan drastik sejak ia mula beroperasi.

Untuk projek tersebut, XJ telah membekalkan 23 transformer kering cekap tenaga dengan daya tahan litar pintas yang kuat, ciri-ciri keselamatan yang baik, dan jangka hayat bebas selenggara yang lama.

Loji kuasa arang batu Pelabuhan Sihanoukville di Kemboja. (Foto oleh XJ)

Loji kuasa arang batu Pelabuhan Sihanoukville di Kemboja. (Foto oleh XJ)

Difahamkan, reka bentuk transformer yang bebas minyak itu mampu mengelakkan kebocoran yang boleh menjejaskan tanah dan air bawah tanah. Bahan-bahan resin epoksi rencat nyala oleh XJ itu tidak melepaskan gas toksik, manakala komponen-komponennya seperti tembaga, teras besi dan resin epoksi boleh diisih serta digunakan semula, secara tidak langsung mengurangkan pembaziran.

Kesemua teknologi itu telah membantu loji tersebut dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih 2 juta tan setiap tahun, sekali gus memberi kedua-dua manfaat ekonomi dan bantuan kepada peralihan Kemboja yang lebih hijau dan tenaga rendah karbon.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Kemboja giat mempelbagaikan struktur kuasa dan meningkatkan pengguna tenaga bersih. XJ telah membantu untuk membangunkan taman solar 100MW di Provinsi Kampong Chhnang. Projek tersebut memecahkan rekod dengan menjadi tenaga solar paling murah di Asia Tenggara sejurus ia tersambung dengan grid.

Transformer kering jimat tenaga, berkecekapan tinggi XJ. (Foto oleh XJ)

Transformer kering jimat tenaga, berkecekapan tinggi XJ. (Foto oleh XJ)

Untuk rekod, XJ membekalkan peralatan kuasa AC/DC yang memastikan pengaliran elektrik yang stabil, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan peralihan tenaga Kemboja.

Teknologi termaju pacu pemodenan grid kuasa Kemboja

Setakat 2024, terdapat sekitar 80 stesen kuasa yang beroperasi di Kemboja, dengan 16 daripadanya dibekalkan bahan-bahan oleh XJ, meliputi sekitar 20 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Secara lebih spesifik, XJ telah menyediakan lebih daripada 340 set sistem perlindungan, kawalan dan pengawasan komputer, 12 set peralatan kuasa AC/DC dan 15 set peralatan suis bervoltan rendah.

Kecekapan dan kebolehpercayaan peralatan elektrik tersebut bukan sahaja memodenkan grid kuasa Kemboja, malah turut mendorong pembangunan sosioekonomi tempatan dengan signifikan.

Substesen 230 kilowat Khemerak Phumin di Kemboja yang dilengkapi sistem XJ. (Foto oleh XJ)

Substesen 230 kilowat Khemerak Phumin di Kemboja yang dilengkapi sistem XJ. (Foto oleh XJ)

XJ telah membekalkan peralatan perlindungan sekunder serta sistem kawalan kestabilan dan keselamatan automatik untuk Stesen Hidrokuasa Rendah Sesan 2. Fasiliti tersebut menjana elektrik bersih sebanyak 2 bilion kilowat setiap tahun, menjadi hidrokuasa tertinggi dalam sejarah Kemboja.

Sistem kawalan automatik yang dibangunkan secara sepenuhnya oleh XJ itu berfungsi sebagai ‘pusat pintar’ bagi grid kuasa tersebut. Ia melaksanakan langkah-langkah kecemasan seperti generator belantik dan penyisihan beban ketika berlakunya gangguan utama, sekali gus membenarkan operasi kembali normal dalam tempoh yang singkat.

Dengan tempoh tindak balas dalam beberapa mili saat, sistem tersebut memproses kerosakan grid kuasa 40 peratus lebih cepat berbanding dengan teknologi terdahulu. Teknologi tersebut secara efektif menambah baik keselamatan sistem kuasa, mengelakkan kegagalan grid dan membantu daripada berlakunya gangguan yang lebih luas.

Mempunyai sistem yang termaju tersebut, Kemboja menjadi negara ASEAN pertama yang melaksanakan langkah keselamatan proaktif di serata grid kuasanya, sekali gus mencapai 100 hari berturut-turut tanpa elektrik terputus semasa musim hujan 2023.

Projek Hidrokuasa Rendah Sesan 2 di Kemboja. (Foto oleh XJ)

Projek Hidrokuasa Rendah Sesan 2 di Kemboja. (Foto oleh XJ)

Produk dan perkhidmatan XJ telah membantu memperkukuh perkongsian China-Kemboja dengan lebih rancak. Melihat ke hadapan, syarikat itu akan meneruskan kerjasama BRI yang sealiran dengan pelan pembangunan tenaga Kemboja. XJ akan memfokuskan kepada teknologi grid pintar dan solusi tenaga baharu untuk memperbaik kecekapan dalam perkongsian tenaga antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan