China Perjuangkan Keadilan, Kesaksamaan Di Sebalik Ketegangan Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 April 2025

Penduduk di Hanoi, ibu kota Vietnam, sedang membuat gaya untuk bergambar di dalam sebuah tren metro laluan Cat Linh-Ha Dong yang dibina boleh sebuah syarikat China, yang juga laluan metro pertama di bandar ibu kota Vietnam itu. (People’s Daily/Sun Guangyong)

Penduduk di Hanoi, ibu kota Vietnam, sedang membuat gaya untuk bergambar di dalam sebuah tren metro laluan Cat Linh-Ha Dong yang dibina boleh sebuah syarikat China, yang juga laluan metro pertama di bandar ibu kota Vietnam itu. (People’s Daily/Sun Guangyong)

Dari 14 hingga 18 April, Presiden China, Xi Jinping telah mengunjungi Vietnam, Malaysia dan Kemboja. Dalam lawatan itu, Xi telah menyampaikan mesej yang kuat dan berprinsip, iaitu: China, sebagai negara utama, komited mendukung perdagangan bebas, menentang pembulian unilateral, dan membina komuniti berkongsi nasib untuk umat manusia.

Kenyataan beliau yang berkisarkan manfaat bersama dan tanggungjawab itu telah mendapat penerimaan positif yang meluas di seluruh wilayah itu, sekali gus mengukuhkan keyakinan dalam memajukan perpaduan dan kerjasama antara negara.

Perang perdagangan dan tarif telah menjejaskan kepentingan sah semua negara di dunia, khususnya kepada negara-negara membangun.

“Apa yang kita saksikan hari ini bukanlah perhitungan jujur dengan ketidaksempurnaan globalisasi, tetapi pengunduran kepada fahaman ekonomi yang berpuak-puak,” ujar Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim semasa lawatan Xi, yang berkongsikan sentimen oleh seluruh dunia.

Tatkala banyak negara mencari stabiliti dan kebolehramalan, menolak pembulian unilateral dan undang-undang rimba, lawatan Xi memberikan mesej jelas terhadap komitmen utuh China terhadap multilateralisme dan sistem perdagangan berasaskan undang-undang antarabangsa.

China semakin diiktiraf sebagai penyokong tegar perdagangan bebas, pembela hak negara-negara membangun dan kuasa pendorong bagi kerjasama serantau.

Dalam pada dunia sedang menghadapi ketidaktentuan, China sentiasa menjadi rakan yang boleh diharap, kuat, dan rasional.

Pemandangan sudut udara ini memaparkan loji kuasa yang dibina oleh Syarikat China Energy Engineering Group Jiangsu Power Design Institute di Sarawak, Malaysia, dengan kapasiti terpasang 50 megawat. (Foto ihsan Syarikat China Energy Engineering Group Jiangsu Power Design Institute)

Pemandangan sudut udara ini memaparkan loji kuasa yang dibina oleh Syarikat China Energy Engineering Group Jiangsu Power Design Institute di Sarawak, Malaysia, dengan kapasiti terpasang 50 megawat. (Foto ihsan Syarikat China Energy Engineering Group Jiangsu Power Design Institute)

Di Vietnam pula, Xi telah menekankan bahawa China dan Vietnam adalah penerima manfaat daripada globalisasi ekonomi, dan kedua-dua pihak perlu memperkukuh penyelesaian strategik dan mengekalkan kestabilan rantai bekalan dan perindustrian.

Di Malaysia, Presiden China itu telah menggesa usaha bersama dalam menentang gangguan bekalan, penyahgandingan, ‘lapangan kecil, pagar tinggi’, dan penyalahgunaan tarif, sebaliknya terus mengamalkan keterbukaan, keterangkuman, solidariti dan kerjasama.

Xi juga mengajak supaya menentang undang-undang rimba – di mana pihak yang kuat memangsakan pihak yang lemah, dengan menggunakan nilai-nilai Asia iaitu keamanan, kerjasama, keterbukaan dan keterangkuman, serta menyelesaikan ketidakstabilan dan ketidaktentuan di dunia dengan kestabilan dan keterjaminan Asia.

Mesej yang disampaikan beliau telah memberikan hala tuju jelas dalam mendepani angin sakal dan ketidaktentuan landskap global pada hari ini.

Di Kemboja, Xi telah menyatakan bahawa kedua-dua negara yang merupakan kuasa penting dalan Selatan Global itu perlu kekal kepada nilai-nilai sepunya dalam keamanan, solidariti dan kerjasama. Beliau turut meminta agar kedua-dua pihak menolak pembulian unilateral dan mengamalkan multilateralisme yang sebenar.

Sealiran dengan trend semasa dan aspirasi bersama antara negara, cadangan China semakin dilihat yang bukan sahaja sebagai sumber kestabilan, tetapi juga sebagai cetak biru bagi kerjasama dan pembangunan jangka panjang.

Foto menunjukkan pintu gerbang Zon Ekonomi Khas Sihanoukville (SSEZ) yang diusahakan bersama oleh pelabur China dan Kemboja. (People's Daily/Cao Shiyun)

Foto menunjukkan pintu gerbang Zon Ekonomi Khas Sihanoukville (SSEZ) yang diusahakan bersama oleh pelabur China dan Kemboja. (People's Daily/Cao Shiyun)

Vietnam berkata ia bersedia untuk mengukuhkan koordinasi dan kerjasama dengan China, menegakkan multilateralisme dan Lima Prinsip Kewujudan Bersama Secara Aman, dan melindungi peraturan perdagangan antarabangsa.

Malaysia berkata bahawa ia menghargai ketekalan China dan akan kekal sebagai rakan yang tidak goyah dan berprinsip kepada China, dipandu oleh kebijaksanaan sejarah dan janji untuk masa depan. Ia menyatakan bahawa ASEAN tidak akan menyokong sebarang tarif yang dikenakan secara unilateral, dan akan menggalakkan kemajuan kolektif melalui kerjasama untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Kemboja juga berkata bahawa ia bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan China untuk menjaga kepentingan bersama mereka.

Suara-suara yang senada dan konsensus yang semakin meningkat ini mencerminkan keazaman bersama untuk melindungi kerjasama serantau dan menegakkan keadilan dan keadilan antarabangsa di sebalik latar belakang gangguan luar yang semakin meningkat.

Dalam menghadapi cabaran global, China kekal sebagai rakan kongsi dan pemboleh, menunjukkan tanggungjawab sebuah negara utama yang komited untuk manfaat bersama dan kebaikan bersama.

Tatkala fahaman perlindungan sedang memuncak, China terus mengembangkan keterbukaan peringkat tinggi dan bekerjasama dengan semua negara - terutamanya dengan negara jiran, dalam usaha untuk memajukan pemodenan.

Sedang Xi mengadakan lawatan, data ekonomi suku pertama China telah dikeluarkan, menunjukkan pertumbuhan KDNK tahun ke tahun sebanyak 5.4 peratus. Sebagai tanda momentum yang stabil, angka itu juga menggariskan peluang yang lebih luas untuk kerjasama ekonomi.

Pasaran domestik China yang luas kekal terbuka kepada jirannya dan ia mengalu-alukan lebih banyak produk berkualiti tinggi dari negara ASEAN, sekali gus menjadi satu isyarat yang meningkatkan keyakinan serantau pada masa ketidaktentuan ekonomi global.

Antara hasil ketara lawatan Xi ialah pelancaran mekanisme kerjasama kereta api China-Vietnam, yang dijangka menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan Koridor Ekonomi Semenanjung China-Indochina.

Di Malaysia, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjadi peneraju kerjasama serantau bagi tenaga produktif berkualiti baharu, yakni sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk memajukan matlamat pemodenan setiap negara.

Mengenai keperluan pembangunan Kemboja, China mengemukakan dua rancangan kerjasama, iaitu Koridor Pembangunan Perindustrian serta Koridor Ikan dan Beras, untuk menyokong pertumbuhan Kemboja melalui kerjasama signifikan.

Pemerhati antarabangsa menyatakan bahawa China menyokong perdagangan bebas dan saling menghormati, serta mengekalkan dasar luar yang stabil dan konsisten.

Penglibatannya dengan negara lain tidak pernah bersifat transaksional, tetapi berdasarkan perkongsian jangka panjang dan manfaat bersama. Pendekatan ini telah membantu mengukuhkan peranannya sebagai rakan kongsi ekonomi yang stabil dan pemacu utama pertumbuhan di seluruh Asia Tenggara.

Bagi memastikan kemakmuran dapat terus bertahan, ia tentunya perlu dikongsi.

China bersedia bekerjasama dengan negara serantau untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan, bergerak ke hadapan dengan mengikut logik kemajuan sejarah, dan membangun dengan menunggang arus pembangunan zaman. Mereka akan mengharungi cabaran bersama melalui perpaduan dan kerjasama, dan melindungi masa depan Asia yang cerah.

Berdepan dengan persekitaran antarabangsa yang kompleks dan tidak menentu, China akan menjadi kuasa keamanan, kestabilan dan kemajuan di dunia.

Video

Berita Berkaitan