Kru Shenzhou-20 Berjaya Masuk Stesen Angkasa Lepas

(CRI)Jumaat 25 April 2025

Kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-20 berjaya bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas China pada pukul 11.49 malam Khamis.

Selepas itu, tiga angkasawan Shenzhou-20 memasuki stesen angkasa lepas dan berjumpa dengan kru Shenzhou-19, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Kapal Shenzhou-20 dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 5.17 petang Khamis waktu Beijing.

Kira-kira 10 minit kemudian, kapal angkasa lepas itu berpisah dengan roket dan memasuki orbitnya.

Menurut CMSA, kru Shenzhou-20 akan mengadakan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-19, mengadakan pelbagai eksperimen saintifik, di samping menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA), pemasangan kelengkapan perlindungan serpihan dan sebagainya.

Sehingga kini, China telah berjaya menghantar 26 angkasawan ke ruangan angkasa lepas.

CMSA berkata, kru Shenzhou-19 dijadual akan kembali ke Bumi pada 29 April ini.

Video

Berita Berkaitan