Pembeli Asing Cecah Lebih 190,000 Orang di Canton Fair Ke-137

(CRI)Jumaat 25 April 2025

Bilangan pembeli asing yang mengunjungi Canton Fair ke-137 yang membuka tirainya pada Rabu untuk fasa kedua telah mencecah 195,851 orang, melibatkan 218 buah negara dan rantau.

Jurucakap penerangan Kementerian Perdagangan China, He Yadong berkata dalam sidang media pada Khamis, terdapat lebih 2,400 pempamer yang berlatarbelakangkan teknologi canggih peringkat kebangsaan, perintis dalam bidang inovasi atau peneraju dalam bidang pembuatan di dalam negeri, iaitu bertambah 100 berbanding edisi tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan