Kawasan Pameran Altitud Rendah Buat Debut di Canton Fair

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 April 2024
Kawasan Pameran Altitud Rendah Buat Debut di Canton Fair
Pembeli dari luar negara mendapat maklumat tentang kenderaan udara tanpa pemandu semasa Canton Fair ke-135 di Guangzhou, Provinsi Guangdong, selatan China, 15 April 2024. (Global Times/Chi Jingyi)

Kemunculan sulung kawasan pameran “ekonomi altitud rendah” di Canton Fair ke-135, yang membuka tirainya pada Isnin, memperlihat usaha China bagi memupuk industri baru muncul dan berorientasikan masa depan.

“Ekonomi altitud rendah” tersebut adalah merujuk kepada produk seperti dron yang dioperasikan pada altitud yang rendah.

Menurut Global Times, kawasan pameran tersebut mempunyai fokus khusus terhadap produk yang dibuat dari bandar Jiangmen, Provinsi Guangdong, dengan kluster industri pembuatan peralatan termaju, mempamerkan produk seperti pesawat tanpa pemandu (UAV), kelengkapan rumah pintar dan motorsikal.

Sebuah lagi syarikat yang berpangkalan di Jiangmen, iaitu Zilink Aero Technology yang merupakan antara pempamer turut berharap untuk meneroka pasaran antarabangsa.

“Kami berharap untuk berjumpa dengan pembeli global secara terus menerusi platform Canton Fair,” ujar Xue Junzhao, pengurus jualan Zilink, pada Selasa.

Untuk rekod, Zilink merupakan pengeluar dan pembangun UAV hibrid gas dan elektrik, yang sesuai bagi tujuan operasi menyelamat dan mencari kecemasan, selain memadam api di hutan.

Ketika ini, syarikat tersebut amnya membekalkan alat ganti dron kepada pengeluar lain yang akan memasang bahagian dan mengeksport produk akhir, iaitu saluran eksport berkesan yang belum dan mahu diwujudkan oleh Zilink.

"Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai UAV kami dan beberapa pembeli luar negara juga mahu kami membantu mereka mewujudkan kilang di luar negara," kata Xue.

Tujuh tahun lalu, dron dianggap sebagai sesuatu yang baru. Tetapi hari ini, orang ramai sudah terbiasa dengan dron kecil yang terbang di udara dan pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL), khususnya di Guangzhou dan Shenzhen di Guangdong, yang kedua-duanya menempatkan kluster industri berkait dengan ekonomi altitud rendah.

Kini, Shenzhen berjaya membentuk rantaian industri lengkap yang menyepadukan pembuatan acuan, pembangunan platform dan pembuatan produk dron dan eVTOL, dengan nilai keluaran 75 bilion yuan ($10.4 bilion) pada 2022, menyumbang 70 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

Guangzhou adalah tapak kepada 45 perusahaan rantaian perindustrian altitud rendah, dengan hasil tahunan kira-kira 12.5 bilion yuan, meliputi bahagian tengah dan bawah rantaian perindustrian.

Pusat Pembangunan Industri Maklumat China (CCID) pada 1 April melaporkan bahawa skala ekonomi altitud rendah China pada tahun 2023 berjaya mencecah 505.95 bilion yuan, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 33.8 peratus.

CCID turut menjangkakan bahawa skala ekonomi altitud rendah akan melebihi 1 trilion yuan menjelang 2026.

Video

Berita Berkaitan