Xi Pengerusikan Mesyuarat Pucuk Pimpinan PKC, Bincang Situasi Ekonomi Semasa

(CRI)Jumaat 25 April 2025

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat pada Jumaat untuk menganalisis dan mengkaji situasi ekonomi semasa serta kerja-kerja berkaitan ekonomi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat tersebut menekankan keperluan untuk mengekalkan kestabilan sebagai matlamat utama ekonomi, mencari ruang kepada perkembangan, melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan menyeluruh.

Selain itu mesyuarat tersebut juga menyatakan kepentingan untuk mempercepat langkah dalam membentuk Paradigma Pembangunan Baharu, menyelaraskan kerja ekonomi domestik dan perjuangan perdagangan antarabangsa serta konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan.

Antara yang turut dibincangkan ialah usaha untuk menstabilkan pekerjaan, perusahaan, pasaran dan unjuran ekonomi serta memastikan pembangunan yang berkualiti terjamin di tengah-tengah situasi global yang penuh dengan pergolakan yang drastik.

Mesyuarat itu menekankan keperluan untuk melaksanakan dasar makro yang lebih proaktif dan berkesan dengan cepat, dengan memanfaatkan sepenuhnya dasar fiskal yang lebih agresif dan dasar mata wang yang sederhana longgar.

Mesyuarat turut menyatakan, adalah perlu untuk meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, memajukan penggunaan dalam sektor perkhidmatan secara giat dan meningkatkan peranan penggunaan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi.

Justeru pelbagai langkah harus diambil untuk membantu perusahaan yang sedang menghadapi kesukaran.

Antara lain yang ditekankan dalam mesyuarat tersebut adalah keperluan untuk terus memperdalam pembaharuan dan keterbukaan untuk menyelesaikan masalah pembangunan.

Selain itu perlu berusaha secara berterusan untuk mencegah dan mengatasi risiko di sektor utama.

Video

Berita Berkaitan