Simposium PKC bagi Dapatkan Cadangan Ekonomi dari Luar Parti

(CRI)Selasa 10 Disember 2024

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) baru-baru ini telah mengadakan satu simposium dengan tokoh-tokoh bukan anggota PKC bagi mendengar cadangan dan saranan mereka mengenai situasi ekonomi pada tahun ini dan gerak kerja ekonomi bagi tahun depan.

Setiausaha Agung Jawatankuasa itu, Xi Jinping ketika mempengerusikan simposium terbabit menegaskan, sempena tahun terakhir bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-14 (tahun 2021 hingga tahun 2025), pihaknya akan terus melakar kemajuan dalam landskap yang mantap, melaksanakan konsep pembangunan baharu secara tepat dan menyeluruh, mempercepat pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu, bertindak pantas mendorong pembangunan yang berkualiti, memperhalusi pelaksanaan rancangan pembaharuan yang komprehensif, terus meningkatkan tahap keterbukaan, mempergiatkan pembinaan sistem perindustrian yang moden, menjaga isu keselamatan sepanjang proses pembangunan, mengamalkan dasar makro yang lebih proaktif, mempertingkat permintaan domestik, menggalakkan pembangunan yang bersepadu yang berorientasikan inovasi sains teknologi dan inovasi industri, memastikan pasaran hartanah dan saham berada dalam keadaan yang mantap, mendorong ekonomi kekal pulih dan berkembang ke arah yang baik, di samping memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat terjamin.

Video

Berita Berkaitan