- Lain-lain
Pendirian China Terhadap Terumbu Ren'ai Tegas dan Jelas
Pendirian China berhubung isu kedaulatan Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai dan kawasan perairan sekitar adalah tegas dan jelas.
Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar semalam.
Menurut laporan, Filipina baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan yang menafikan mereka pernah meminta kebenaran China untuk menjalankan operasi pembekalan di Terumbu Ren'ai pada 4 Mac tahun ini.
Malah mereka turut menyatakan bahawa pihak mereka tidak mengiktiraf sebarang hak dan kepentingan China di terumbu tersebut.
Susulan itu, Guo Jiakun tampil dengan respon berhubung isu tersebut dengan menjelaskan pendirian di pihak China.
Pertama, "kapal perang" Filipina yang "bersarang" lama di Terumbu Ren'ai telah mencabuli kedaulatan China dan melanggar Deklarasi Tata Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC). China menuntut Filipina menarik balik kapal tersebut.
Kedua, sebelum Filipina mengambil semula kapal yang "bersarang" itu, China bersedia membenarkan Filipina menghantar bekalan harian atas dasar kemanusiaan, dengan syarat Filipina perlu memaklumkan kepada China terlebih dahulu dan selepas menjalankan pemeriksaan di lokasi.
Ketiga, China sama sekali tidak akan menerima penghantaran bahan binaan dalam kuantiti besar oleh Filipina ke kapal tersebut, mahupun sebarang percubaan untuk membina kemudahan kekal atau pos kawalan. China akan menghalang tindakan sedemikian berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Menurut Guo, berdasarkan tiga prinsip tersebut, China telah mencapai persetujuan sementara dengan Filipina mengenai penghantaran bekalan dan barang keperluan pada Julai tahun lalu.
Sejak itu, Filipina telah melakukan tujuh kali penghantaran bekalan di bawah pengawasan badan Polis Pengawal Pantai China.
Ujarnya semua penghantaran bekalan oleh Filipina dijalankan setelah memberitahu China terlebih dahulu, dan barang yang dihantar tersebut dikenalpasti sebagai barangan biasa atau barangan keperluan.
"China akan terus mempertahankan kedaulatan, hak dan kepentingannya dengan tegas, di samping menggesa Filipina untuk menghargai usaha positif dilakukan China untuk mengawal situasi maritim, mematuhi janji dan mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau komplikasi yang tidak perlu", kata Guo.
- Pendirian China Terhadap Terumbu Ren'ai Tegas dan Jelas
- China Keluarkan Laporan Sistem Ekologi Terumbu Karang Tiexian Jiao dan Niu’e Jao
- PLA Tingkatkan Kawalan di Perairan Pulau Huangyan
- CCG Usir Dua Kapal Filipina Ceroboh Masuk Tiexian Jiao
- China Umum Garis Dasar Laut Wilayah Pulau Huangyan
- CCG Keluar Kenyataan Berhubung Pulau Huangyan
- Jepun Dituntut Henti Kegiatan Haram di Perairan China
- CCG Pantau dan Kawal Kapal Filipina Mengikut Undang-Undang
- Kedaulatan China ke Atas Pulau Huangyan Tidak Boleh Dipertikai
- Kapal CCG Meronda di Sekitar Pulau Diaoyu