Pembinaan Projek Kota Sukan Taveta di Kenya Berjalan Lancar

(CRI)Ahad 27 April 2025

Kota Sukan Taveta yang bertapak di Nairobi, ibu negara Kenya merupakan satu projek yang dikontrak oleh China Road and Bridge Corporation (CRBC) dan dijangka siap menjelang penghujung tahun 2025.

Komponen terasnya merupakan satu stadium bola sepak profesional yang selaras dengan standard FIFA yang dilengkapi 60,000 tempat duduk. Stadium ini akan dijadikan tapak bagi majlis pembukaan, penutupan, beserta sebahagian pertandingan semasa berlangsungnya Piala Negara-Negara Afrika 2027 (Piala Afrika).

Video

Berita Berkaitan