China Perdalam Kolaborasi Antarabangsa, Mahu Majukan Penerokaan Angkasa Jauh

Satu angkasa lepas dipamerkan semasa pra-tonton pameran sains yang menandakan Hari Angkasa Lepas ke-10 di Pusat Konvensyen dan Pameran Ekspo Dunia Shanghai di timur China pada 23 April 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong)

Satu angkasa lepas dipamerkan semasa pra-tonton pameran sains yang menandakan Hari Angkasa Lepas ke-10 di Pusat Konvensyen dan Pameran Ekspo Dunia Shanghai di timur China pada 23 April 2025. (Xinhua/Zhang Jiansong)

Mengambil pendirian terbuka, China kini sedang berkolaborasi dengan komuniti antarabangsa untuk mendorong penemuan baharu dalam penerokaan angkasa jauh dan memupuk perkongsian sumber, sekali gus berusaha membina masa depan yang berkongsi dalam angka lepas, lapor agensi berita Xinhua.

Bersempena Hari Angkasa Lepas China yang diraikan secara tahunan pada 24 April, Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) turut mengumumkan beberapa siri inisiatif kolaborasi antarabangsa untuk memajukan penerokaan angkasa jauh.

Lapor Xinhua, tujuh institusi dari enam negara – Perancis, Jerman, Jepun, Pakistan, United Kingdom dan Amerika Syarikat – telah mendapat kelulusan untuk meminjam sampel yang dikumpul oleh misi Chang’e-5 China bagi tujuan penyelidikan saintifik.

Untuk rekod, pada 2020, misi Chang’e-5 telah membawa pulang sampel dari bulan seberat 1,731 gram, iaitu sampel lunar pertama di dunia dalam lebih 40 tahun, sekali gus membantu dalam kemajuan pengetahuan manusia tentang bulan.

Shan Zhongde, ketua CNSA berkata bahawa program eksplorasi lunar China sentiasa patuh kepada prinsip kesamaan, saling untung, memanfaatkan secara aman, dan kerjasama menang-menang, dan seterusnya berkongsi kejayaan dengan komuniti antarabangsa.

Tambah beliau, CNSA akan terus akur terhadap pengaplikasian antarabangsa untuk penyelidikan sampel lunar, sambil menzahirkan harapan agar saintis global akan dapat mebuat penemuan baharu yang mengembangkan pengetahuan manusia dan memberi manfaat kepada manusia.

Dengan kemajuan program penerokaan lunar China, kerjasama antarabangsa dilihat terus diperdalam.

CNSA mengumumkan bahawa misi Chang’e-8 yang bakal dilancarkan sekitar 2029 pula akan membawa muatan dari 11 negara dan wilayah, serta satu dari organisasi antarabangsa. Manakala, pembuat instrumen yang akan dibawa sekali di dalam Chang’e-5 adalah dari Asia, Eropah, Afrika dan Amerika Selatan.

Misi Chang’e 8 akan menyasarkan Dataran Leibnitz Beta yang berdekatan dengan kawasan kutub selatan lunar, meneruskan misi Chang’e-7 yang terdahulu untuk menjalankan penerokaan saintfik dan eksperimen penggunaan sumber di tapak. Kesemua usaha tersebut akan menyediakan kerja-kerja asas buat Stesen Penyelidikan Lunar Antarabangsa (ILRS) pada masa depan.

ILRS yang diinisiatifkan oleh China merupakan fasiliti eksperimen saintifik yang meliputi seskyen di permukaan lunar dan di dalam orbit lunar, serta dijangka untuk dibina dalam dua fasa: model asas yang akan dibina menjelang 2035 di kawasan kutub selatan lunar dan model sambungan pula akan dibina pada sekitar tahun 2040-an.

Bian Zhigang, timbalan pengarah CNSA berkata sejumlah 17 negara dan organisasi antarabangsa, serta lebih daripada 50 institut penyelidikan antarabangsa telah menyertai ILRS.

Beliau menegaskan bahawa ILRS akan menawarkan peluang dan platform baharu untuk memupuk kerjasama global, inovasi teknologi dan pembangunan bersama.

“China mengalu-alukan rakan antarabangsa untuk menyertai ILRS dalam pelbagai peringkat dalam kesemua tahap misi tersebut. Ini akan mempromosi penggunaan teknologi angkasa lepas untuk memberi manfaat kepada manusia dan memajukan pembinaan komuniti yang berkongsi nasib untuk umat manusia di dalam bidang ruang angkasa lepas,” ujar Bian.

Amjad Ali, pegawai kanan Suruhanjaya Penyelidikan Angkasa Lepas dan Atmosfera Atas (SUPARCO) Pakistan, berpendapat bahawa CNSA telah mendahului penerokaan angkasa lepas inklusif, dan membolehkan negara-negara angkasa lepas yamg baharu muncul seperti Pakistan untuk bangkit.

Misi Chang'e-8 akan membawa rover lunar seberat 30 kilogram yang dibangunkan oleh SUPARCO, sekali gus menyumbang kepada pemetaan rupa bumi dan analisis regolitos.

"Perkongsian CNSA-SUPARCO memperkukuh dialog antara budaya, diplomasi dan kerjasama aman, membuktikan bahawa impian bersama boleh menyatukan negara di ruang angkasa," tambahnya.

Manusia boleh mencapai ruang yang lebih dalam melalui kerjasama dari tanah bulan ke permukaan Marikh.

China menyasarkan untuk melancarkan misi pemulangan sampel Tianwen-3 Mars sekitar 2028, dengan matlamat saintifik utama mencari tanda-tanda kehidupan. Pengambilan semula sampel dari Marikh adalah misi penerokaan angkasa lepas yang paling mencabar dari segi teknikal sejak program Apollo, dan tiada penemuan seperti itu pernah dicapai, kata Liu Jizhong, ketua pereka misi itu.

Jelas CNSA, meskipun misi tersebut mempunyai cabaran dan sumber yang terhad, China masih merancang untuk memperuntukkan 20 kilogram sumber buat kolaborasi antarabangsa. China turut mengundang rakan antarabangsa untuk bersama-sama memajukan penerokaan dan penyedikan Marikh, seterusnya mengembangkan kefahaman manusia terhadap planet merah itu.

Satelit astronomi yang dibangunkan bersama oleh China dan Perancis telah mengesan letupan sinar gamma yang berusia sekitar 13 bilion tahun lalu, berkemungkinan berpunca daripada gugusan bintang awal yang membentuk lohong hitam atau bintang neutron. Penemuan tersebut menawarkan manusia gambaran sekilas tentang alam semesta.

Penemuan yang dibuat oleh Pemantau Objek Pembolehubah (SVOM) berbilang jalur berasaskan Angkasa juga dikeluarkan pada Hari Angkasa Lepas China.

Dengan kerjasama luar angkasa dua hala utama antara China dan Perancis yang menjangkau hampir dua dekad, projek SVOM merupakan sumbangan saintis dan jurutera China dan Perancis kepada komuniti astronomi antarabangsa melalui kerjasama bertahun-tahun, menyepadukan sumber berteknologi tinggi dari kedua-dua negara.

Atas jemputan Perwakilan Tetap China di Vienna, Wakil Tetap Kenya dan Afrika Selatan ke Vienna, bersama dengan diplomat dari Perwakilan Tetap Venezuela, Belarus, Mesir, Malaysia, Indonesia, dan Kazakhstan ke Vienna, telah membuat lawatan khas ke China untuk mengambil bahagian dalam siri aktiviti untuk Hari Angkasa Lepas.

Lukisan-lukisan yang memenangi anugerah yang dicipta oleh kanak-kanak dari China, yang menggambarkan impian ruang angkasa mereka, telah dihadiahkan kepada para diplomat tersebut.

Video

Berita Berkaitan