Angkasawan China Selamat Pulang ke Bumi, Kongsi Pengalaman Menarik di Angkasa Lepas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 04 November 2024
Angkasawan China Selamat Pulang ke Bumi, Kongsi Pengalaman Menarik di Angkasa Lepas
Foto yang digabungkan ini menampilkan angkasawan Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu selepas dikeluarkan daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kru Shenzhou-18 yang terdiri daripada tiga angkawasan telah pulang dengan selamat ke Bumi awal pagi tadi selepas menjalani misi stesen angkasa selama enam bulan.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kapsul pulang Shenzhou-18 yang membawa angkasawan Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu mendarat di Dongfeng, sebuah tapak di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China tepat pukul 1.24 awal pagi dan ketiga-tiga mereka keluar daripada kapsul pada pukul 2.15 pagi.

Memetik laporan Xinhua, ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan baik dan CMSA turut menyifatkan keseluruhan misi sebagai berjaya sepenuhnya.

Selaku ketua misi Shenzhou-18, Ye menjadi angkasawan pertama China dengan masa penerbangan angkasa lepas terkumpul melebihi setahun, sekali gus mencatatkan rekod baharu tempoh paling lama berada di orbit oleh angkasawan China.

Lapor Xinhua lagi, Li Cong yang pertama kalinya menyelesaikan pengembaraan di angkasa lepas berkata bahawa kesemua kru telah bekerja sebagai satu pasukan dan bekerja rapat dengan pasukan di Bumi, yang memastikan aktiviti luar kenderaan dapat dilaksanakan dengan lancar, selain memastikan kejayaan penyelidikan saintifik dan eksperimen.

Untuk rekod, angkasawan Shenzhou-18 melakukan aktiviti luar kenderaan sebanyak dua kali, dengan aktiviti kali pertama pada Mei berjaya memperbaharui rekod bagi berjalan kaki di angkasa lepas paling lama untuk angkasawan China.

Selain itu, kru Shenzhou-18 juga menjalankan penyelidikan membuat keputusan kecemasan. Dengan memanfaatkan komputer dan perisian yang sepadan, mereka menyelesaikan satu siri penilaian, termasuk ujian ke atas keupayaan kognitif asas, persepsi risiko, kaedah membuat keputusan, serta tugas membuat keputusan yang komprehensif.

Semasa pengembaraan angkasa lepas, kehadiran "akuarium" dan "taman" angkasa di stesen angkasa Tiangong turut memberikan trio Shenzhou-18 peluang untuk mengalami keseronokan istimewa.

Ketiga-tiga angkasawan itu mencipta "akuarium" angkasa menggunakan ikan zebra dan alga untuk mengkaji pengaruh persekitaran ruang terhadap pertumbuhan dan keseimbangan sistem mereka.

Hasil mendapati bahawa ikan zebra mempamerkan tingkah laku orientasi yang tidak normal dalam keadaan mikrograviti, seperti berenang terbalik, berputar dan berpusing.

Menurut klip video yang dikeluarkan oleh CMSA, angkasawan Li Guangsu berkata bahawa mereka menanam dua jenis tumbuhan iaitu tomato ceri dan salad, selain turut menuai beberapa daun salad untuk dimakan.

Difahamkan, penanaman di angkasa juga boleh membantu menganalisis perubahan dalam fungsi dan ekspresi gen sel stem tumbuhan dalam persekitaran mikrograviti, serta memberikan sokongan teori untuk mereka bentuk tanaman yang sesuai dengan keadaan di angkasa lepas.

CMSA turut mengumumkan bahawa program angkasa berawak China akan melancarkan misi Shenzhou-20 dan Shenzhou-21, serta kraf kargo Tianzhou-9 untuk bekalan dalam orbit pada 2025.

Angkasawan Li Guangsu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Lian Zhen)
Angkasawan Ye Guangfu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)

Angkasawan Li Cong keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Lian Zhen)
Kapsul pulang kapal angkasa berawak Shenzhou-18 yang membawa angkasawan Ye Guangfu Li Cong dan Li Guangsu mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Lian Zhen)
Angkasawan Li Guangsu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Lian Zhen)
Angkasawan Ye Guangfu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Zhipeng)
Angkasawan Li Cong keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Zhipeng)
Angkasawan Li Guangsu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Zhipeng)
Kapsul pulang kapal angkasa berawak Shenzhou-18 yang membawa angkasawan Ye Guangfu Li Cong dan Li Guangsu mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Kapsul pulang kapal angkasa berawak Shenzhou-18 yang membawa angkasawan Ye Guangfu Li Cong dan Li Guangsu mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Angkasawan Li Cong keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Lian Zhen)
Angkasawan Li Cong keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Angkasawan Li Guangsu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Angkasawan Li Guangsu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Angkasawan Ye Guangfu keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Angkasawan Li Cong keluar daripada kapsul kapal angkasa berawak Shenzhou-18 di tapak mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Xin)
Kapsul pulang kapal angkasa berawak Shenzhou-18 yang membawa angkasawan Ye Guangfu Li Cong dan Li Guangsu mendarat di Dongfeng, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada awal pagi 4 November 2024. Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kesemua angkasawan berada dalam keadaan baik dan keseluruhan misi turut disifatkan sebagai berjaya sepenuhnya. (Xinhua/Li Zhipeng)

Video

Berita Berkaitan