Kapasiti Penjanaan Tenaga Nuklear China Terbesar di Dunia

(CRI)Ahad 27 April 2025

China kini mempunyai 102 unit generator janakuasa nuklear yang berada dalam operasi atau dalam pembinaan, dengan keseluruhan kapasiti penjanaan tenaga elektrik mencecah sebanyak 113 juta kilowatt, iaitu menduduki tangga pertama dalam ranking global untuk julung kalinya.

Demikian ditunjukkan Persatuan Industri Tenaga Nukelar China dalam kertas biru "Laporan Pembangunan Tenaga Nuklear China 2025" yang disiarkan pagi tadi.

Sementara itu, bekalan elektrik berdasarkan penjanaan tenaga nuklear terus meningkat di China.

Pada tahun 2024, keseluruhan penjanaan kuasa nuklear di China mencecah 444.7 bilion kilowatt-jam (kWj), menyumbang 4.72 peratus dalam senario kebangsaan, dan peratusan itu menduduki tempat kedua dalam ranking dunia.

Pencapaian China dalam bidang terbabit bersamaan dengan mengurangkan pembakaran arang batu standard sebanyak 127 juta tan dan pelepasan karbon dioksida sebanyak 334 juta tan.

Video

Berita Berkaitan