Persediaan Membajak Musim Bunga Ubah Pemandangan Sawah Teres di Yunnan
 |
Foto memaparkan sawah teres Samaba di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin) |
Sawah padi berteres di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China yang dipenuhi air telah menghasilkan landskap seakan-akan cermin yang memantulkan pemandangan langit biru, awan dan gunung-ganang hijau di sekitar.
Ketika ini, sawah padi Samaba, Lyushuge dan Nimei sedang bersiap sedia untuk penanaman musim bunga susulan Guyu atau Hujan Biji-bijian, iaitu penggal keenam dalam kalendar ’24 musim’ China.
Air yang mula memenuhi sawah menandakan bermulanya tempoh pertanian musim bunga bagi kumpulan etnik Hani tempatan, yang meraikan dengan Pesta Kaiyangmen tradisional.
Etnik Hani membangunkan sawah padi berteres tersebut sebagai sebahagian daripada sistem bersepadu yang menghubungkan hutan, kampung, teres dan saluran air, sekali gus memperlihatkan simbiosis harmoni antara manusia dan alam semula jadi.
 |
Seorang petani sedang membajak sawah padi di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China (People’s Daily Online/Yin Xin) |
 |
Foto memaparkan sawah padi Samaba di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin) |
 |
Foto memperlihatkan pemandangan sawah padi yang menakjubkan di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Oleh Zhao Langyun) |
 |
Foto sudut udara ini memperlihatkan sawah padi Samaba di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Oleh Zhao Lunggun) |
 |
Seorang petani sedang menyediakan sawah padi di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China (People’s Daily Online/Yin Xin) |