Ximeng, Kaunti Etnik yang Penuh Kebahagiaan

Foto sudut udara ini memperlihatkan kawasan urban di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Foto sudut udara ini memperlihatkan kawasan urban di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Tatkala melangkah masuk Kaunti Autonomi Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, pelawat pastinya akan serta merta terpukau dek keindahan pemandangan dengan seni bina gaya Wa dan dikelilingi oleh gunung nan hijau.

Sambil mengenakan busana tradisional yang penuh warna, penduduk warga emas berjalan-jalan santai di laluan pejalan kaki bersama-sama dengan cucu masing-masing, sambil tawa kegembiraan oleh penduduk yang melakukan senaman pagi dapat didengari dari jauh.

Ximeng, sebuah kaunti yang berakar umbi di dalam budaya Wa, telah melalui perubahan yang menakjubkan dalam tempoh enam dekad lalu. Ia yang dahulunya sebuah kaunti sempadan, kini berubah menjadi tempat yang menyaksikan senyum dan tawa ramai orang.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di Ximeng, tetapi kini bekerja di tempat lain. Saya pulang ke kampung dua tahun sekali,” kongsi Dao Min, seorang penduduk kejiranan Mengsuo di kaunti itu dengan penuh bangga.

Dia berkata, bangunan dan tempat mercu tanda di situ menggabungkan elemen etnik kebudayaan tempatan, sekali gus menjadikan ia unik.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Ximeng telah memperhalusi landskap urbannya, dengan memfokuskan tiga elemen teras secara intensif iaitu kebersihan, boleh didiami dan bercirikan unik.

Foto memaparkan pemandangan di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er di Provinsi Yunnan. (People’s Daily Online/Ou Nanhan)

Foto memaparkan pemandangan di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er di Provinsi Yunnan. (People’s Daily Online/Ou Nanhan)

Elemen totem daripada seni bina Wa seperti pakaian, ritual, penghasilan dan kehidupan seharian telah diangkat untuk disepadukan dalam konsep reka bentuk moden di Ximeng, sekali gus menampilkan unsur etnik di dalam pembaikpulihan urban dan memahat ingatan budaya Wa pada setiap bangunan.

Pendekatan penuh bija tersebut mempamerkan karakter unik Ximeng yang menjamin keharmonian, sambil membuka ruang untuk orang ramai menghargai keindahan seni bina, seterusnya terbuai dek kekayaan warisan budaya masyarakat Wa.

Hijau merupakan ciri penting dalam pembangunan Ximeng. Kaunti itu memakai konsep ‘mengutamakan rakyat, mengejar pembangunan hijau, dan memanfaatkan rakyat’, serta menggabungkan pembinaan sebuah kaunti yang hijau dan cantik dengan pembaharuan urban, serta pengubahsuaian kawasan perumahan urban lama.

Foto kanak-kanak sedang bermain di sebuah taman di Kaunti Autonomi Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, China. (People’s Daily Online/Li Yi)

Foto kanak-kanak sedang bermain di sebuah taman di Kaunti Autonomi Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, China. (People’s Daily Online/Li Yi)

Sebelum projek pengubahsuaian bermula, kaunti tersebut telah mendapatkan pandangan dan cadangan daripada penduduk tempatan, secara tidak langsung mengubah mereka menjadi pembuat keputusan yang aktif berbanding peserta yang pasif.

Projek itu juga mengambil kira keperluan praktikal komuniti persekitaran, menitikberatkan peluasan kawasan aktiviti, dan menambah baik fasiliti sokongan. Dengan memanfaatkan sepenuhnya kawasan terbiar, projek tersebut turut merancang pembinaan taman kecil dengan penuh strategik.

Setakat ini, kawasan hijau di kawasan urban Ximeng meliputi 80.96 hektar, dengan nisbah ruang hijau sebanyak 41.26 peratus dan kadar liputan hijau sebanyak 43.25 peratus. Kaunti itu telah membina lapan taman termasuk enam taman kecil, selain menanam 59,500 meter persegi tumbuh-tumbuhan hijau dan 1,100 batang pokok.

Foto memperlihatkan bangunan dengan ciri-ciri etnik di Kaunti Autonom i Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Foto memperlihatkan bangunan dengan ciri-ciri etnik di Kaunti Autonom i Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kaunti Ximeng telah memfokuskan kepada pengubahsuaian kawasan perumahan urban lama dalam usaha untuk mempromosi pembaharuan urban berkualiti tinggi.

Usaha tersebut telah membuahkan hasil dengan menambah baik keadaan kehidupan di kaunti itu, sekali gus menjadikan ia kawasan yang ideal untuk didiami dan bekerja. Walhasil, penduduk setempat kini tampil dengan lebih bahagia.

Liao Fengcan, ketua Parti dan pengarah Biro Pembangunan Desa-Bandar dan Perumahan kaunti Ximeng berkata pihaknya akan terus memperkasakan pengurusan dan perancangan bandar untuk mengoptimumkan pembangunan urban secara komprehensif dan menambah baik imej kaunti itu.

Foto memperlihatkan bangunan dengan ciri-ciri etnik di Kaunti Autonomi Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Foto memperlihatkan bangunan dengan ciri-ciri etnik di Kaunti Autonomi Wa Ximeng, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Foto sudut udara ini memperlihatkan sebuah taman di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Foto sudut udara ini memperlihatkan sebuah taman di Kaunti Autonomi Wa Ximeng di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan pusat penumpuan media kaunti Ximeng)

Video

Berita Berkaitan