- Lain-lain
China Umum Pelan Untuk Galak Kemahiran, Celik Digital 2025
Para pekerja di sebuah syarikat perisian sedang membuat perisian industri di Tianjin, utara China pada 18 April 2025. (Xinhua/Sun Fanyue)
China mengeluarkan pelan baharu yang menggariskan keutamaan untuk menggalakkan kemahiran dan celik digital kebangsaan pada tahun ini, dalam usaha bagi memperkukuh ekonomi dan tenaga kerja digitalnya, ujar agensi berita Xinhua pada Ahad.
Dokumen tersebut yang dikeluarkan oleh empat agensi kerajaan termasuk Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Ruang Siber Pusat dan Kementerian Pendidikan itu telah menetapkan agenda dengan lingkungan yang luas.
Menurut Xinhua, pelan tersebut menuntut untuk membangunkan sistem komprehensif bagi memupuk bakat digital, mengembangkan potensi pertumbuhan ekonomi digital dan membina masyarakat digital yang lebih terangkum.
Difahamkan, antara keutamaan lain di dalam pelan itu adalah mewujudkan gaya hidup digital yang lebih pintar, mempromosi ruang siber yang teratur dan selamat, memperkuat kolaborasi pelbagai pihak dan kerjasama antarabangsa.
Menyentuh mengenai kecerdasan buatan (AI), pelan tersebut menekankan tentang pengembangan penggunaan AI, dan menambah baik rangka kerja tadbir urus AI.
Menjelang penghujung 2025, China menyasarkan untuk meningkatkan taraf celik digital dengan signifikan ke seluruh negara, membina sistem latihan kemahiran digital yang teguh dan mengembangkan bekalan sumber digital.
Antara sasaran tambahan lain adalah termasuk pertumbuhan tenaga kerja digital, menambah baik keupayaan pekerja digital, merapatkan jurang antara kumpulan demografi yang berbeza, dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat, pintar dan menyeluruh.
- Sektor Pembuatan Maklumat Elektronik China Catat Pertumbuhan Pesat Pada 2024
- Ekonomi Digital China Bertunjangkan 4.57 Juta Perusahaan Industri Teras
- Pembangunan Internet China Kembangkan Pertumbuhan Ekonomi ‘Lautan Biru’
- Naib PM China Seru Usaha Bersama Global, Bina Masa Depan Digital
- China Mahu Rapatkan Jurang Digital, Bawa Lebih Banyak Hasil Pembangunan
- Ekonomi Digital China Mantap, Perdagangan Digital Makmur
- PM China Gesa Transformasi Digital Sektor Pembuatan
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2024 Buka Tirai di Beijing
- DCS ke-7 Lakar Hasil Memberangsangkan
- Ekonomi Digital Sumbang 42 peratus KDNK Guizhou