China Mahu Rapatkan Jurang Digital, Bawa Lebih Banyak Hasil Pembangunan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 30 Oktober 2024

Impak teknologi digital yang berkembang pesat boleh dilihat di segenap ruang, dan usaha untuk memastikan komuniti luar bandar dan terpencil, serta individu warga emas dan orang kurang upaya agar dapat berintegrasi sepenuhnya ke dalam masyarakat digital dan merapatkan jurang digital adalah sangat penting.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kawasan di seluruh China telah melancarkan langkah untuk meningkatkan literasi dan kemahiran digital rakyat, meningkatkan kebolehcapaian digital dan menyediakan perkhidmatan awam yang inklusif.

Difahamkan, kesemua usaha tersebut bertujuan untuk menggalakkan perkongsian sama rata faedah pembangunan digital.

Shi Zaohua, seorang wanita yang kecacatan pergerakan, sedang menjual kraf tangan di sebuah koperasi melalui siaran langsung di perbandaran Dongjiang, Longnan, provinsi Gansu, di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Xuchun)

Shi Zaohua, seorang wanita yang kecacatan pergerakan, sedang menjual kraf tangan di sebuah koperasi melalui siaran langsung di perbandaran Dongjiang, Longnan, provinsi Gansu, di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Xuchun)

Dalam "ruang tamu pintar" di pusat servis yang komprehensif di kejiranan Xianxia Xincun, daerah Changning, Shanghai, seorang pengajar menunjukkan cara menggunakan peralatan pintar kepada penduduk warga emas.

"Lampu di dalam bilik tidur, ruang tamu dan bilik mandi disambungkan kepada penderia gerakan, jadi ia menyala secara automatik apabila seseorang lalu," jelas pengajar itu.

Meningkatkan literasi dan kemahiran digital dalam kalangan warga emas adalah usaha penting dalam membantu mereka mengadaptasi gaya hidup digital dan merapatkan jurang digital.

Yayasan Pembangunan Internet China telah melancarkan program seperti "program literasi digital perak," yang bertujuan untuk meningkatkan literasi digital warga emas dalam 100 komuniti.

Persatuan Sains dan Teknologi China juga telah memperkenalkan program yang berkaitan, yang merancang untuk menubuhkan "universiti teknologi" dan pasukan sukarelawan untuk membantu warga emas mempelajari teknologi digital, dan menganjurkan bengkel, sesi latihan dan seminar.

Persekutuan Wanita Seluruh China turut melancarkan pelan tindakan untuk membantu wanita warga emas belajar menggunakan telefon dan peralatan pintar, serta produk digital lain.

Golongan tua bukanlah satu-satunya golongan yang perlu diberi perhatian.

Petani menyertai sesi latihan dron di kampung Aoqiao, perbandaran Xinchang, Yichun, provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/He Jianlai)

Petani menyertai sesi latihan dron di kampung Aoqiao, perbandaran Xinchang, Yichun, provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/He Jianlai)

Pusat latihan vokasional dan teknikal untuk orang kurang upaya provinsi Jilin telah melancarkan kursus latihan pengendalian dron.

"Pengajar bukan sahaja mengajar kami cara menerbangkan dron, tetapi juga memberi kami pemahaman terperinci tentang struktur dron, prinsip penerbangan, garis panduan operasi dan penyelenggaraan, meletakkan asas kukuh untuk kami meneruskan kerjaya yang berkaitan," kata salah seorang peserta kursus latihan itu.

Kini, pusat itu turut mencipta peluang pekerjaan baharu untuk golongan kurang upaya sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran digital. Ia menawarkan kursus latihan yang memfokuskan terhadap bentuk perniagaan digital baharu seperti penstriman langsung, pengeluaran video pendek, fotografi komersial dan pembaikan telefon mudah alih.

Selari dengan literasi digital dan peningkatan kemahiran, terdapat juga usaha untuk menjadikan terminal pintar lebih mudah diakses oleh warga emas.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China telah memudahkan pengubahsuaian mesra warga emas lebih 2,000 laman sesawang dan aplikasi yang sering digunakan oleh warga emas.

Bagi Kementerian Pengangkutan China pula, ia telah meluaskan capaian perkhidmatan panggilan "satu klik" dan menambah baik pilihan pengangkutan yang boleh diakses untuk warga emas.

Pada September 2023, beberapa pelajar universiti tahun pertama di wilayah Guizhou, barat daya China telah menyertai kursus literasi digital dalam talian. Kursus ini pada asalnya direka untuk pelajar baru di East China Normal University di Shanghai, dan kemudiannya dilanjutkan ke sepuluh universiti di Guizhou mulai 2023, termasuk Universiti Perdagangan Guizhou dan Universiti Kewangan dan Ekonomi Guizhou. Kursus ini telah disertai oleh lebih 38,000 pelajar.

Seorang sukarelawan mengarahkan seorang warga emas menggunakan telefon pintar semasa bengkel di kejiranan Xianfeng, Nantong, provinsi Jiangsu, di timur China. (People’s Daily Online/Zhai Huiyong)

Seorang sukarelawan mengarahkan seorang warga emas menggunakan telefon pintar semasa bengkel di kejiranan Xianfeng, Nantong, provinsi Jiangsu, di timur China. (People’s Daily Online/Zhai Huiyong)

Sejak pelancaran inisiatif "MOOC (kursus dalam talian terbuka besar-besaran) ke Barat", universiti di timur China telah menyediakan 207,000 kursus dalam talian kepada institusi di bahagian barat, dengan memperoleh 590 juta tontonan setakat ini.

Pada masa sama, teknologi digital turut berkembang pesat ke kawasan luar bandar. Menjelang akhir 2023, kadar capaian internet di luar bandar China telah mencapai 66.5 peratus, sekali gus memperlihatkan permintaan yang semakin meningkat untuk celik digital dan kemahiran dalam komuniti ini.

Di wilayah autonomi Tibet Golog di provinsi Qinghai, di barat laut China, penduduk kampung Drolma menghadiri bengkel mengenai e-dagang strim langsung, dengan harapan agar dapat mengembangkan saluran jualan dalam talian untuk hasil ladang dan kraftangan tempatan.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program sokongan ekonomi "Women Up" untuk wanita luar bandar, yang menggabungkan latihan keusahawanan dalam talian fizikal, sokongan awal inkubasi, serta pemadanan sumber untuk meningkatkan celik digital dan kemahiran untuk wanita luar bandar di wilayah seperti Sichuan, Guizhou, Yunnan, Shaanxi, dan Gansu.

Di samping e-dagang, komuniti luar bandar semakin terdedah kepada program pendidikan mengenai penggunaan peranti pintar, keselamatan internet dan keselamatan data.

Dengan sumber digital yang semakin banyak, persekitaran digital yang bertambah baik dan tahap celik digital yang terus meningkat, cahaya tamadun digital menyinari kehidupan lebih ramai individu di seluruh China.

Video

Berita Berkaitan