- Lain-lain
Rakyat Iran Berkabung untuk Mangsa Tragedi Letupan Pelabuhan Shahid Rajaei
Jurucakap kerajaan Iran mengumumkan bahawa upacara berkabung akan diadakan di seluruh negara pada Insin bagi memperingati mangsa tragedi letupan di Pelabuhan Shahid Rajaei.
Sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan terbunuh sementara 1,000 lagi cedera dalam insiden letupan yang berlaku di pelabuhan selatan Iran tersebut, pada Sabtu.
Presiden dan pemimpin tertinggi Iran menggesa siasatan penuh segera dilakukan terhadap insiden tersebut.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sehingga kini tiada sebarang petunjuk mengaitkan insiden letupan berkenaan dengan urusan keselamatan negara.
Sementara itu, penganalisis industri berpendapat bahawa sekiranya letupan itu mengganggu operasi harian pelabuhan penting di Iran tersebut, ia mungkin akan memberi kesan serius terhadap ekonomi Iran dan rantaian perdagangan serantau.
- Wakil China, Rusia dan Iran Bertemu Ketua Pengarah IAEA
- China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik
- Rundingan Mansuhkan Pelan Nuklear Damai Iran, Tidak Akan Berlaku
- Iran Bakal Adakan Dialog Pusingan Baharu dengan Britain, Perancis dan Jerman
- China Berpendirian Teguh pada Penyelesaian Isu Hangat Melaui Dialog dan Rundingan
- Konfrontasi Tidak Bantu Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
- Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu terhadap Israel
- Iran Optimistik Terhadap Pemulangan Aset Beku
- AS Jamin Tukar Banduan dan Bebaskan Aset Iran yang Terbeku
- AS Diseru Dorong Pemulihan Rundingan Nuklear Iran