Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu terhadap Israel

(CRI)Ahad 14 April 2024

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pihaknya telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu dan dron terhadap sasaran di Israel.

Banyak tempat di Israel diserang pada awal pagi tadi, dan sebuah pangkalan tentera dilaporkan turut mengalami 'sedikit kerosakan'.

Agensi berita IRNA memetik kenyataan IRGC sebagai berkata, Pasukan Aeroangkasa IRGC melancarkan puluhan peluru berpandu dan dron ke arah sasaran Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Serangan itu sebagai tindak balas terhadap 'jenayah' dilakukan Israel, termasuk serangan peluru berpandu ke atas Konsulat Iran di Damsyik pada 1 April yang mengakibatkan kematian beberapa komander dan penasihat tentera Iran di Syria.

Kementerian Luar Iran mengeluarkan kenyataan bahawa serangan negaranya ke atas pangkalan tentera Israel adalah untuk melaksanakan hak membela diri berdasarkan Artikel 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian itu turut berkata Iran takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan pertahanan yang diperlukan bagi melindungi kepentingan sah daripada sebarang pencerobohan ketenteraan atau penggunaan kekerasan yang menyalahi undang-undang.

Video

Berita Berkaitan