Tiada Panggilan Antara Pemimpin China, AS Baru-baru Ini - Kementarian Luar China

(CRI)Selasa 29 April 2025

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa China dan Amerika Syarikat (AS) ada mengadakan rundingan berhubung isu tarif.

Beliau berkata demikian pada sidang media semalam, bagi menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai benarkah ada rundingan antara China dan AS susulan kenyataan Presiden AS, Donald Trump ketika ditemu bual oleh majalah Times pada 22 April bahawa Presiden China, Xi Jinping ada menghubungi beliau.

Kata Guo lagi kedua-dua ketua negara juga tidak ada melakukan sebarang panggilan telefon baru-baru ini.

Justeru beliau menegaskan bahawa kedua-dua pihak, China dan AS, tidak melakukan rundingan atau perbincangan mengenai isu tarif sehingga kini.

Video

Berita Berkaitan