Berkompromi dan Berdiam Diri akan Jadikan Pembuli Lebih Tamak - Wang Yi

(CRI)Selasa 29 April 2025
Berkompromi dan Berdiam Diri akan Jadikan Pembuli Lebih Tamak - Wang Yi

Menteri Luar China Wang Yi ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rio De Janeiro pada Isnin telah menekankan komitmen China terhadap multilateralisme dan peraturan perdagangan antarabangsa.

Beliau berkata multilateralisme adalah asas order antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua, sementara solidariti dan kerjasama selaras dengan kepentingan semua negara.

Beliau mengkritik pendekatan unilateral Amerika Syarikat (AS) yang mengutamakan kepentingan sendiri dan mengenakan tarif tinggi terhadap negara lain.

Wang berkata AS memperoleh keuntungan yang amat besar dalam perdagangan bebas dalam masa panjang dengan cara membuli pelbagai negara lain dengan menggunakan tarif.

Ujarnya tindakan berdiam, berkompromi dan bersikap takut hanya akan menjadikan pembuli lebih tamak.

Beliau menyeru negara-negara BRICS untuk menentang semua bentuk proteksionisme dan mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan dan berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Video

Berita Berkaitan