Penari Berkerusi Roda Ceriakan Hari Dengan Seni
 |
Song Aixia (dua dari kanan, barisan pertama di pentas) dan rakan-rakannya membuat persembahan tarian berkerusi roda di pusat khidmat komuniti di Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
Pada September 2022, kumpulan penari berkerusi roda telah dibentuk di Daerah Kecil Xiaoshi, Gulou di Nanjing, dan ketika ini ia mempunyai 14 anggota dengan pelbagai tahap keterbatasan pergerakan.
Kesemua penari telah gigih untuk berlatih sempena persembahan amal menjelang Hari Tari Sedunia hari ini.
Ketua pasukannya, Song Aixia, 58, berkata bahawa pasukan itu telah dibentuk untuk membantu anggotanya agar keluar dari rumah masing-masing dan berintegrasi dengan masyarakat.
“Kini, kami telah mahir beberapa tarian berkerusi roda. Semua orang duduk tegak di kerusi roda masing-masing, menggerakkan lengan, memusing dan mengubah formasi kedudukan mengikut rentak muzik,” ujarnya.
Setiap anggota membawa tenaga yang penuh hidup ke dalam pasukan. Jurulatih Wang Jue, yang menggunakan dana sendiri untuk latihannya, telah mengadaptasi reka tari khusus buat penari yang mempunyai keterbatasan.
Zhang Xiuqin, yang berumur 70-an, berjaya mengekalkan rekod kehadiran sempurna sepanjang tahun. Ni Ming, yang menghidap miastenia, pula telah menghabiskan berbulan-bulan lamanya untuk mempraktis persembahan tarian kipas.
Apabila tarian berkerusi roda dipersembahkan secara serentak, para penari bukan sahaja mempamerkan seni, malah juga memperlihatkan semangat daya tahan yang tidak pernah luntur.
“Kerusi roda tidak boleh hati kami untuk terus menikmati hidup yang indah,” ujar Song. Kesemua penari menterjemahkan kehidupan menerusi seni, menari dengan harapan dan ketabahan.
 |
Song Aixia (dua dari kanan, barisan pertama di pentas) dan rakan-rakannya membuat raptai persembahan tarian berkerusi roda di pusat khidmat komuniti di Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
 |
Song Aixia (di hadapan) dan rakan-rakannya membuat tarian raptai berkerusi roda di pusat khidmat komuniti di Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
 |
Song Aixia (dua dari kiri) dan rakan-rakannya menjamu makan tengah hari sebelum mempersembah tarian berkerusi roda untuk komuniti penduduk di Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
 |
Anggota pasukan tarian kerusi roda membuat persembahan di Nanjing, Provinsi Jiangsu, timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
 |
Anggota pasukan tarian kerusi roda membuat persembahan raptai di Nanjing, Provinsi Jiangsu, timur China pada 27 April 2025. (Xinhua/Li Bo) |
 |
Wang Jue (dua dari kiri, depan) jurulatih pasukan tarian berkerusi roda memberikan arahan kepada anggota pasukan semasa raptai di Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China pada 27 April. |
 |
Seorang petugas membantu Song Aixia (tiga dari kiri) sementara anggota kumpulan yang lain meninggalkan pentas sejurus selesai persembahan di pusat khidmat komuniti di Nanjing, Provinsi Jiangsu, timur China pada 27 April 2025. |
 |
Seorang petugas mengepam tayar roda sebelum bermulanya persembahan di Nanjing, Provinsi Jiangsu, timur China pada 27 April 2025. |