- Lain-lain
Penghantaran Hari Sama Durian Cerminan Kerjasama Segenap Bidang China-Malaysia
![]() |
Foto durian segar pertama dari Malaysia yang dijual di sebuah pasar raya terkemuka di Beijing sempena program Taste of Malaysia 2024 pada 26 Ogos 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing) |
Sejurus dikutip dari kebun, durian segar Malaysia kini boleh dihidang di atas meja makan orang China hanya dalam tempoh 18 jam sahaja, sekali gus mencerminkan daya hidup kerjasama terbuka.
Jika melihat pasaran buah import China, durian Musang King boleh dikatakan sebagai produk bintang dan amat digemari pengguna China.
Presiden China, Xi Jinping pernah menyebut bahawa, "Durian segar Malaysia boleh dihantar dari kebun ke pasar raya China dalam tempoh sehari dan sangat popular dalam kalangan orang China."
Lebih 600 tahun yang lalu, Laksamana Cheng Ho mengunjungi Melaka sebanyak lima kali daripada tujuh pelayarannya.
Oleh kerana pada waktu itu buah-buahan segar tidak dapat dihantar ke jarak yang jauh, beliau pernah menghadiahkan laici kering dari Fujian dan Guangdong kepada Sultan Melaka, seterusnya menjadi kisah pertukaran mesra antara China dan Malaysia.
Pada masa ini pula, durian segar yang dikutip dari kebun, dieksport melalui penghantaran udara, boleh dijamu buat isi rumah di China hanya dalam tempoh 18 jam setelah menjalani proses pelepasan kastam, pengisihan dan pengedaran.
Apakah yang kita boleh dapati daripada “Penghantaran Hari Sama” durian segar?
Antaranya, ia memperlihatkan inovasi teknologi dalam sistem logistik.
Dari menghantar buah kering hinggalah buah segar, sektor logistik China kini mempercepat usaha ke arah pendigitalan dan kecerdasan. Teknologi dan peralatan baharu terus dicipta dan berevolusi.
Pada masa ini, bukan sahaja durian segar Malaysia, bahkan buah ceri segar dari Chile di seberang Lautan Pasifik juga boleh dinikmati masyarakat China melalui rantaian sejuk rentas sempadan.
Selain itu, ia juga memperlihatkan peningkatan rangkaian pengangkutan.
Sebagai hab pengangkutan yang menghubungkan sembilan provinsi, lapangan terbang antarabangsa di Ezhou telah membuka 95 laluan kargo domestik dan antarabangsa, serta mencapai “penghantaran hari sama” di dalam negeri dan “penghantaran keesokan hari” di luar negeri.
Di sempadan barat laut pula, terdapat pengangkutan kereta api-udara yang mempermudahkan logistik rentas sempadan. Rangkaian penghantaran udara, laut dan darat di China terus dilengkapi, memberi sokongan kukuh kepada perdagangan import dan eksport.
Antara lain yang boleh didapati daripada ‘Penghantaran Hari Sama’ durian segar adalah ia mencerminkan tahap baharu perdagangan antarabangsa.
Pada tahun 2004, jumlah nilai perdagangan China dan Malaysia mencecah AS$212 bilion, hampir seribu kali ganda berbanding ketika kedua-dua negara baru menjalinkan hubungan diplomatik.
China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia buat 16 tahun berturut-turut. Antara pelbagai barangan yang diperdagangkan, permintaan buah-buahan kekal kukuh. Semakin banyak buah-buahan seperti manggis, nangka dapat disajikan di meja makan orang China. Manakala hidangan Cina juga dapat dicari di pelbagai tempat di Malaysia.
Selain itu, kerjasama antara Proton dan Geely telah membawa kepada lahirnya kenderaan tenaga baharu pertama buatan Malaysia. Taman perindustrian Kuantan dan Qinzhou pula mencipta model kerjasama industri baharu. Kelak, dengan selesainya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), buah-buahan keluaran pantai timur Semenanjung boleh dihantar ke China dalam masa yang lebih singkat.
Persahabatan yang telah terjalin sejak zaman Cheng Ho, kini sedang menuju ke masa depan yang lebih cerah.
- Bekas Duta Besar: Malaysia, China Bina Masa Depan yang Berkongsi untuk Kemakmuran
- Saluran Eksport Durian Malaysia ke China Alami Ledakan
- Tarian Singa: Khazanah Budaya yang Dikongsi China, Malaysia
- Rakan Kongsi Baik Berkongsi Nasib | Bersama Buka Babak Baharu Bina Komuniti Malaysia-China yang Berkongsi Masa Depan
- Air Dicencang Tiada Putus | Ikuti Kisah Interaksi Rakyat dari Mulut Pelajar China dan Malaysia
- China, Malaysia Percepat Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan
- Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja
- China, Malaysia Terus Pertingkat Kerjasama Ekonomi Digital
- Video: Cabaran Foto Berantai di XMUM
- China, Malaysia Sambut “50 Tahun Keemasan” Baharu Hubungan Bilateral