Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh

Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara sebuah kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi di kanti Jingde, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara sebuah kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi di kanti Jingde, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pekan Sanxi di kanti Jingde, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China telah memperdalam penyepaduan industri teh dengan pelancongan, sekali gus mewujudkan satu pengalaman pelancongan luar bandar yang unik buat pelancong.

Dalam masa sama, pekan itu juga giat melaksanakan usaha ke arah pemulihan semula luar bandar.

Sekiranya pelancong berdiri pada platform pemandangan di kebun teh yang terletak di kampung Luxi, pekan Sanxi, mereka akan disapa oleh landskap musim bunga yang penuh bertenaga; petani membawa raga buluh yang diikat pada pinggang untuk memetik daun teh, manakala pelancong pula tidak akan melepaskan momen indah itu dengan merakamnya menerusi lensa kamera masing-masing.

Foto memaparkan keindahan pemandangan kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Foto memaparkan keindahan pemandangan kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

“Lihatlah pada kebun teh – lautan hijau yang bukan sahaja memberikan manfaat ekonomi, tetapi juga buat ekologi. Penyepaduan teh dan pelancongan telah membuka laluan baharu buat kami,” ujar Jiang Fengshou, ketua Parti kampung Luxi merangkap ketua jawatankuasa penduduk kampung.

“Daun teh kecil telah benar-benar menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Saya tidak pernah menjangka akan berlakunya kesesakan lalu lintas di hadapan pintu rumah yang berlaku susulan pelancong yang datang berpusu-pusu,” tambah beliau.

Memanfaatkan sumber teh yang sangat baik serta kelebihan ekologi, sebahagian besar kampung itu telah menambah baik infrastruktur pelancong, memperbaik perkhidmatan awam, dan mengubah kebun teh menjadi tempat pemandangan yang cantik.

Foto menunjukkan pemandangan nan indah di kebun teh yang terletak di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Foto menunjukkan pemandangan nan indah di kebun teh yang terletak di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Laluan pejalan kaki disambungkan secara terus ke bukit yang diliputi teh. Sebuah kapsul ala hotel B&B turut dibina bersama-sama dengan infrastruktur sokongan lain seperti air, elektrik, dan internet, sekali gus meningkatkan lagi kapasiti kampung itu untuk menerima lebih ramai tetamu dan mempercepat usaha pemulihan semula luar bandar.

Pengunjung mengambil foto berlatarbelakangkan kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Pengunjung mengambil foto berlatarbelakangkan kebun teh di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Menuai secara berjentera teh musim bunga kebiasaannya akan bermula pada bulan Mei di kebun teh kampung itu. Dalam tempoh setahun, daun teh boleh dituai sebanyak empat kali, dengan musim memetik daun teh berlanjutan sehingga bulan September.

“Dari kawasan utama kami seluas 330 mu (22 hektar), output tahunan daun teh segar yang dituai secara berjentera mencapai sekitar 80 tan,” ujar Jiang, sambil memberitahu bahawa ia secara tidak langsung mencerminkan pendapatan besar sekiranya harga purata daun teh dinilai pada kadar RMB3 setiap kilogram.

Statistik menunjukkan bahawa kebun teh itu menerima kedatangan seramai 56,000 pelancong. Hotel B&B yang dibuka pada bulan Oktober tahun lalu telah habis ditempah semasa musim percutian. Malah, sebelum tibanya musim cuti panjang Hari Pekerja ini, semua bilik telah laris ditempah.

Di sebalik kebun teh tersebut, kampung Luxi telah menggunakan dana pemulihan semula bandar untuk membina 20,000 meter persegi fasiliti rumah hijau. Ia juga telah mengubah sekolah rendah kampung yang lama terbiar menjadi kilang standard untuk disewa.

Jiang berkata, pada tahun lalu, kampung itu telah menerima pendapat kolektif yang mencecah RMB628,000, iaitu peningkatan hampir daripada sifar pada masa dahulu. Katanya, angka itu dijangka akan mencapai RMB800,000 pada tahun ini.

Foto memaparkan pemandangan indah kebun teh dan hotel B&B di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Foto memaparkan pemandangan indah kebun teh dan hotel B&B di kampung Luxi, pekan Sanxi, kaunti Jingde, bandar Xuancheng di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Video

Berita Berkaitan